Now Reading
Individu Dakwa Kereta Dicalar Gara-gara Enggan Bayar Ulat Parkir Di Bukit Bintang

Individu Dakwa Kereta Dicalar Gara-gara Enggan Bayar Ulat Parkir Di Bukit Bintang

Dakwa wanita itu, terdapat pihak yang telah mencalarkan kereta warna putih miliknya akibat enggan membayar caj parkir kenderaan mahal iaitu sebanyak RM15 di sekitar Bukit Bintang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Caj parkir kenderaan dilihat semakin mahal pada masa kini. Kenaikan harga meletakkan kereta yang melampau itu sememangnya telah membebankan pengguna jalan raya di luar sana.

Bukan itu sahaja, ada juga sesetengah pihak yang mengambil kesempatan untuk mengenakan caj mahal kepada pemilik kereta bertujuan untuk menjaga keselamatan kenderaan.

Namun begitu, golongan yang dipanggil sebagai ‘ulat parkir’ itu telah menimbulkan kemarahan apabila mereka bertindak merosakkan kereta orang awam.

Baca Artikel Berkaitan: Ulat Parkir Didakwa Ugut Calar Kereta Pemandu Jika Enggan Bayar Parking


Wanita Ini Dakwa Kereta Dicalar Di Bukit Bintang Akibat Tak Bayar Caj Parkir Mahal

Baru-baru ini tular satu perkongsian di TikTok (@ballerina391) apabila sebuah kereta milik seorang wanita didakwa telah dicalarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dipercayai di bahu jalan sekitar kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Jika dilihat daripada klip hantaran, terdapat beberapa kesan calar berwarna hitam pada kereta berwarna putih itu.

Insiden tersebut dikatakan berlaku kerana pemilik kenderaan berkenaan enggan membayar caj parkir yang tinggi iaitu sebanyak RM15.

Menurut wanita tersebut, dia telah pun membuat laporan kepada pihak berkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar tindakan lanjut boleh diambil terhadap ulat parkir yang berada berhampiran cawangan Maybank, Bukit Bintang.


Reaksi Netizen Terhadap Caj Parkir Kenderaan Yang Mahal

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, beberapa pengguna laman TikTok berkata bahawa kes mengenai caj yang tinggi untuk parkir kenderaan sering kali berlaku sebelum ini.

“Ulat parkir ni dah lama berlaku . Kenapa mereka begitu berani melakukan perbuatan yang tidak dibenarkan?” kata seorang lelaki.

Selain itu, seorang warganet turut berkongsi pengalaman lebih kurang sama yang dilaluinya apabila dia dikenakan caj parkir mahal di kawasan tersebut.

“Saya kena RM20 di Jalan Alor, Bukit Bintang pada hujung minggu. Nak tak nak kena bayar je lah, tetapi dalam hati geram juga,” jelasnya.

Dalam pada itu, ada juga yang berkata dia tetap membayar caj meletakkan kenderaan yang mahal itu walaupun mengetahui lokasi kawasan tersebut adalah parkir awam.

“Aku tetap bayar caj parkir walaupun tahu itu parkir awam, demi keselamatan baby red saya (kereta),” ujar seorang wanita.

Sumber: TikTok (@ballerina391)

Laporkan Kepada Pihak Polis Jika Terjumpa Golongan ‘Ulat Parkir’

Kegiatan ‘ulat parkir’ adalah tidak dibenarkan di sisi undang-undang dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 6 bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Mengikut Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, mana-mana pihak selain pihak berkuasa yang meminta bayaran dalam bentuk wang merupakan satu kesalahan.

Kepada anda yang terjumpa dengan mana-mana ‘ulat parkir’, laporan boleh diajukan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya penguatkuasaan serta pemantauan segera dapat dilakukan.

Baca Artikel Berkaitan: Pondok Bayaran Letak Kereta Dibakar, Orang Awam Dakwa Mungkin Kerana Caj Mahal


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd