Now Reading
[Video] Aksi Cuai Pemandu Teksi Bawa Melulu Jadi Punca Penumpang Jatuh

[Video] Aksi Cuai Pemandu Teksi Bawa Melulu Jadi Punca Penumpang Jatuh

Menerusi video tular di media sosial, jelas kelihatan kejadian di mana sejurus wanita itu menutup bonet kereta, pemandu teksi tersebut terus memandu tanpa melihat keadaan pintu kereta yang masih terbuka.

pemandu teksi singapore (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila bekerja sebagai pemandu teksi dan juga e-hailing, setiap individu diwajibkan untuk menyertai kursus untuk memberi panduan dan pendedahan terhadap pekerjaan tersebut.

Namun ada juga sikap sesetengah pemandu e-hailing yang tidak menjaga keselesaan para penumpang dan tidak menghiraukan keselamatan mereka seperti mana yang berlaku di Singapura baru-baru ini.


Pemandu Teksi Di Singapura Memandu Dalam Keadaan Pintu Kereta Terbuka

Menerusi satu hantaran video dimuat naik di laman Facebook SG Road Vigilante -SGRV, kelihatan empat orang ahli keluarga termasuk seorang kanak-kanak baru sahaja tiba di lokasi mereka selepas menaiki teksi.

Mereka kemudiannya mengeluarkan barangan dari bonet teksi dan menutupnya selepas selesai mengambil barang.

Pada waktu yang sama, lelaki yang dipercayai seorang bapa pula berada di luar kereta dalam keadaan pintu bahagian penumpang masih terbuka.

Sumber: Facebook SG Road Vigilante -SGRV

Namun selepas wanita itu menutup bonet kereta, pemandu teksi tersebut terus memandu tanpa melihat keadaan pintu kereta yang masih terbuka di bahaian penumpang.

Menyedari perkara yang berlaku, si bapa segera membawa keluar seorang kanak-kanak dalam keadaan cemas sehingga menyebabkan mereka berdua terjatuh ke atas lantai.

Situasi yang sempat dirakam menggunakan dashcam dari kereta individu lain itu menunjukkan pemandu teksi itu tidak keluar dari kereta dan hanya menurunkan tingkap sejurus menyedari insiden yang berlaku.

Malah, keluarga yang terlibat juga tidak menyerang pemandu teksi berkenaan dan memasuki premis seperti biasa.


Netizen Beri Pelbagai Reaksi Selepas Tonton Video Insiden Itu

Di ruangan komen hantaran video itu, kebanyakan netizen meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap sikap pemandu teksi yang seolah-olah tidak prihatin dengan apa yang berlaku kepada penumpangnya.

“Kalau dia turun teksi dan tengok keadaan penumpang, mungkin kejadian itu boleh dimaafkan. Tetapi dia cuma turunkan tingkap dan duduk dalam kereta macam tak ada apa yang berlaku,” kata seorang netizen.

Malah, ada juga netizen yang berharap pemandu terbabit dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

“Perkara ini memang tidak boleh diterima. Dia perlu dipecat dari menjadi pemandu teksi. Tak perlu tunggu-tunggu lagi, terus pecat sahaja,” luah netizen.

Segelintir netizen turut mempersoalkan keluarga terbabit yang dipercayai tidak menyerang pemandu teksi itu selepas insiden yang berlaku kepada mereka.

Sumber: Facebook

Segera Buat Aduan Jika Berdepan Situasi Sama Di Malaysia

Sekiranya para penumpang teksi atau e-hailing di Malaysia yang berdepan situasi yang kurang menyenangkan dari pemandu, anda boleh membuat aduan dan laporan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Aduan boleh dilakukan melalui beberapa saluran seperti berikut:

  • Melalui laman web MyGovernment
  • Melalui X (Twitter @aduanMOT)
  • Melalui E-mel aduan@mot.gov.my
  • Melalui talian 1-800-88-7723

Baca Artikel Berkaitan: Penumpang E-hailing Dakwa Dapat Pemandu Kurang Ajar, Siap Minta Bawa Kereta & Tidur Di Belakang

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu E-hailing Didakwa Ugut Untuk Rogol Penumpang & Pandu Secara Bahaya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd