Now Reading
“Saya Bawa Mercedes” – Pelanggan Bengang Dapat Order Salah, Tapi Caranya Undang Kritikan

“Saya Bawa Mercedes” – Pelanggan Bengang Dapat Order Salah, Tapi Caranya Undang Kritikan

Pelanggan tersebut telah menerima hidangan yang salah dan mengambil keputusan untuk membuat aduan sendiri di premis terbabit dengan memarahi pekerja bertugas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dinafikan sesetengah pekerja mungkin terlepas pandang dan melakukan kesilapan semasa menguruskan pesanan makanan dari pelanggan.

Boleh dikatakan perkara ini kerap terjadi, betul tak? Sebagai contoh anda memesan hidangan Nasi Lemak tetapi menu yang diberi pula adalah Mi Kari.

Difahamkan, situasi ini sama seperti kejadian yang baru-baru ini berlaku kepada seorang pelanggan selepas membeli hidangan secara atas talian.


Pelanggan Bengang Selepas Dapat Makanan Berbeza Dari Pesanannya Di Dalam Aplikasi

Baru-baru ini, tular satu video dimuat naik di laman X (Twitter @amer_aljeffrey) menunjukkan situasi seorang lelaki dipercayai pelanggan di sebuah kedai makan yang membeli hidangan secara atas talian menggunakan aplikasi GrabFood.

Walau bagaimanapun, nasibnya agak malang kerana dikatakan mendapat hidangan yang berbeza dari tempahannya.

Oleh kerana bengang dengan perkara tersebut, lelaki berkenaan sanggup datang ke premis terbabit dan mahu berjumpa dengan pengurus kedai tetapi tidak berkesempatan kerana difahamkan pengurus tiada ketika itu.

Tidak lama kemudiannya, pelanggan berkenaan mempersoalkan perkara yang berlaku kepada pekerja yang bertugas tentang makanan yang diterimanya.


Netizen Persoal Tindakan Pelanggan Itu Memberitahu Tentang Kereta Yang Dipandunya

Namun apa yang menjadi perhatian ramai adalah apabila lelaki itu menceritakan dia terpaksa memandu keretanya berjenama Mercedes sejauh tujuh kilometer dan menambah nilai kad Touch ‘n Go semata-mata untuk membuat aduan mengenai perkara tersebut.

Malah, pelanggan itu juga mahu menuntut agar tambang minyak dan penggunaan Touch ‘n Go dibayar balik kerana perlu hadir ke premis bagi mendapatkan hidangan yang betul.

Dalam pada itu, ada juga netizen sempat membuat gurauan tentang kereta Mercedes yang dipandu oleh lelaki tersebut.

Sesetengah netizen berpendapat lelaki berkenaan boleh membuat aduan kepada pihak Grab untuk mendapatkan pemulangan wang dan tidak perlu untuk ke premis bagi melakukan tindakan sedemikian dalam keadaan memarahi pekerja.

Di akhir video, pelanggan itu memaklumkan dia telah diberikan hidangan yang tepat oleh pekerja dan diberikan RM20 sebagai wang pampasan atas insiden yang berlaku.


Cara Buat Aduan Di Grab Jika Tersalah Dapat Order Makanan

Sekiranya anda berdepan situasi seperti pelanggan ini, antara perkara yang anda boleh lakukan adalah dengan membuat laporan kepada pihak Grab. Cara-caranya adalah seperti berikut:

  • Membuka aplikasi Grab.
  • Klik pada ikon ‘Account’ pada penghujung kanan di bawah sekali.
  • Klik pada ikon ‘Help Centre’.
  • Klik pada artikel ‘I have a missing or incorrect order’.
  • Klik pada butang ‘Submit Form’ di bawah sekali.

Paling penting, tak perlu susah payah untuk pergi ke kedai semata-mata untuk membuat aduan. Buat di rumah pun boleh ya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd