Now Reading
Lelaki Sanggup ‘Downgrade’ Kerja Untuk Jaga Ibu Bapa, Kisah Pilu Ini Undang Air Mata

Lelaki Sanggup ‘Downgrade’ Kerja Untuk Jaga Ibu Bapa, Kisah Pilu Ini Undang Air Mata

Lelaki ini menceritakan dia terpaksa mengambil masa bertahun-tahun untuk mengubat rasa rindu kepada kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semakin menginjak dewasa, ramai yang mula sibuk dengan kerjaya dan keluarga masing-masing.

Tetapi dalam pada itu, jangan kita lupa dengan tanggungjawab sebagai anak lebih-lebih lagi ketika ibu bapa kita bertambah usia dan tahap kesihatan mereka juga mula menurun.

Sebesar mana kejayaan anda menggapai impian dalam bidang kerjaya, jangan lupa untuk berbakti juga kepada orang tua kita.


Pengalaman Menjaga Kedua Ibu Bapa Yang Sedang Sakit

Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi kisah yang cukup menyentuh hati di laman X (Twitter @DeanOrDeen) tentang pengalaman menjaga ibu dan bapanya yang sakit.

Lelaki ini menceritakan dia mula menjaga arwah ibunya sejak berusia 15 tahun sehingga 25 tahun.

Ketika itu, dia terpaksa mengorbankan tempoh pembelajarannya untuk berulang alik ke hospital sejauh 83 kilometer menaiki bas kerana keluarga tidak berkemampuan untuk membeli kereta.

Ketika tempoh bekerja pula, lelaki ini sanggup ‘downgrade’ pekerjaan ke tahap ‘entry level’ bagi membolehkan dia mendapat tempat kerja berhampiran dengan hospital.

Namun, usia arwah ibunya tidak panjang apabila Allah SWT telah menjemput ajal ibunya tiga hari sebelum hari raya dan beberapa minit sebelum berbuka puasa.

Dia meninggal tiga hari sebelum raya, beberapa minit sebelum berbuka. Sempat ketemu dan bersembang pada tengah hari yang sama. Air mata lelaki mengalir buat pertama kali ketika mendapat panggilan telefon di tempat kerja.

Pengguna X (Twitter @DeanOrDeen).
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pusrawi)

Tidak lama selepas itu, lelaki ini memberitahu bahawa dia mendapat tawaran kerja yang membanggakan dan diberi rezeki untuk menjadi ahli keluarga pertama yang membeli kereta.

Dengan adanya kereta itu, dia berfikir ia dapat memudahkan dia sebagai anak bongsu untuk membawa ayahnya ke klinik.


Allah SWT Uji Sekali Lagi Dengan Kesihatan Ayahnya Pula

Beberapa tahun kemudian, lelaki ini diuji pula dengan tahap kesihatan ayahnya yang semakin membimbangkan.

Doktor mengesahkan bahawa ayahnya mempunyai jangkitan di bahagian paru-paru dan terlantar di hospital serta di rumah.

Lelaki ini sekali lagi berdepan dugaan dalam pekerjaan apabila mengambil keputusan untuk berhenti kerja pada ketika itu dan bekerja secara sendiri untuk membolehkan dia menjaga bapanya.

“Apabila ayah makin teruk, pendapatan kerja freelance dan duit simpanan makin kurang, kami cuma makin sehari sekali je, Itu pun beli dari kedai tomyam sebelah rumah jalan kaki,” kata lelaki itu

Situasi tertekan yang dihadapinya tidak dihiraukan kerana hanya mahu mengutamakan kesihatan ayahnya supaya semakin sembuh.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Kosmo)

Janji nak pergi masjid sama-sama bila sudah sihat. Teringin nak ke Kuala Lumpur merasa naik tren LRT sana.

Pengguna X (Twitter @DeanOrDeen).

Namun, janji itu tidak dapat ditunaikan kerana telah bapanya telah dijemput Ilahi.

Tidak dinafikan kehidupan ketika menjaga kedua ibu bapanya sedikit mencabar lebih-lebih lagi ketika diuji dengan mereka berdua meninggal dunia.

Sebelum saya ada segalanya, ketika menjaga kedua ibu bapa dan selepas kehilangan mereka, ia sangat mencabar. Makan tahun baru dapat tenangkan diri rasa rindu dan menyesal. Rasa hilang segala-galanya.

Pengguna X (Twitter @DeanOrDeen).

Namun, setiap dugaan itu akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT apabila lelaki ini diberi rezeki menjadi CEO selepas tempoh dua tahun ketika berusia 30 tahun.

Kini dia sudah berkahwin dengan pasangan pilihan dan menganggap isterinya melengkapi setiap kelemahan diri.

Difahamkan lelaki ini berstatus anak angkat dan hanya mahu membalas budi kepada orang tuanya yang sudah banyak menabur jasa serta pengorbanan.

“Mak, Abah, Alfatihah. Semoga tenang di sana,” luah lelaki tersebut sebelum mengakhiri perkongsiannya.

Selagi ibu bapa kita masih bernafas, jagalah mereka sebaik mungkin kerana tiada nikmat lain yang lebih berharga di dunia apabila dapat melihat senyuman dan gelak tawa mereka.

Semoga kita semua diberi peluang untuk menjadi anak yang baik.


Amalan Yang Boleh Dilakukan Oleh Anak-anak Sekiranya Merindui Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia

Sebagai anak, tipulah kalau kita tak ada rasa rindu kepada ibu bapa apabila mereka sudah meninggal dunia. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan kerinduan pada mereka.

Walaupun ibu bapa sudah meninggal dunia, anda sebagai anak masih boleh berbakti kepada mereka dengan beberapa cara seperti berikut:

  • Mendoakan keampunan dan rahmat Allah untuk mereka.
  • Melakukan sedekah dan amal jariah yang diniatkan pahalanya untuk mereka.
  • Melakukan amal soleh yang dididik oleh ibu bapa.
  • Menceritakan apa saja kebaikan ibu bapa kepada orang.
  • Membacakan surah al-Fatihah setiap hari.

BACA JUGA: Ramai Anak-Anak Tersilap, Ini Amalan Yang Harus Dilakukan Jika Rindukan Arwah Ibu Bapa Kita

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Sanggup Berhenti Kerja, Niat Jaga Ibu Uzur Sepenuh Masa

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar 11A SPM Jaga Ibu Hingga Akhir Hayat Dapat 10 Tawaran Pengajian & Biasasiswa


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd