Now Reading
“Hormati Jubah Konvokesyen” – Naib Canselor UiTM Tegur Graduan Jaga Tertib Pakaian Istiadat

“Hormati Jubah Konvokesyen” – Naib Canselor UiTM Tegur Graduan Jaga Tertib Pakaian Istiadat

Prof Datuk Dr Shahrin @ Sahib Sahibuddin memberi teguran kepada graduan selepas melihat beberapa video mereka menyarung jubah konvokesyen dan melakukan aktiviti lasak serta berniaga.

hormati jubah konvokesyen

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau anda perasan, banyak universiti seluruh Malaysia kini sedang melangsungkan majlis konvokesyen yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap graduan.

Sudah pastinya detik ini merupakan hari yang cukup berharga buat para pelajar universiti selepas penat lelah berusaha bagi menamatkan pengajian dengan cemerlang.

Siap ada yang melakukan penggambaran pra-konvokesyen bersama jubah dan ‘mortar board’ di pelbagai lokasi sebagai kenangan sebelum secara rasmi bergelar graduan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Naik Flying Fox Pakai Jubah Bak Harry Potter, Aksi Lelaki Ini Raih Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Jubah Graduasi USM Tarik Perhatian Ramai, Boleh OOTD Dengan Design Minimalis!


Naib Canselor Harap Pelajar Dapat Hormati Jubah Konvokesyen

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (uitm_channel), Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Datuk Dr Shahrin @ Sahib Sahibuddin telah memberi nasihat kepada para graduan mengenai pemakaian jubah konvokesyen.

Selepas melihat pelbagai video para graduan bersama jubah konvokesyen melakukan akviti seperti menyidai baju, berniaga dan menaiki flying fox, beliau memberi teguran agar graduan menghormati pemakaian dalam istiadat bermakna itu.

Kebelakangan ini saya lihat ada mahasiswa atau graduan yang menyarung jubah mereka sambil melakukan aksi-aksi kandungan kreatif. Saya pasti mereka jngin memperlihatkan tentang apa yang dianugerahkan kepada mereka. Tapi pandangan peribadi saya, letaklah jubah mahupun ‘mortar board’ itu sejajar dengan apa yang ditauliahkan.

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Datuk Dr Shahrin @ Sahib Sahibuddin.
Sumber: Facebook Bahagian Komunikasi Korporat

Menurutnya, topi mortar board itu juga adalah tanda dan simbol kepada ilmu yang dijunjung tinggi dan tidak semua individu yang dapat menyarungnya.

Sama juga seperti pemakaian songkok mahupun ‘mortar board’ yang dipakai oleh mahasiswa sebenarnya takrifan menjunjung ilmu yang dianugerahkan kepada mereka. Jadi sesuai dengan itu besar harapan saya semua mahasiswa dan graduan UiTM malah graduan Malaysia seluruhnya untuk menghormati pakaian akademik ini kerana bukan calang-calang orang boleh menyarung jubah tersebut.

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Datuk Dr Shahrin @ Sahib Sahibuddin.

Beliau turut berkongsi kisah tentang bagaimana Imam Ahmad Ibn Hanbal akan memakai jubah ketika didatangi oleh pihak yang meminta fatwa darinya.

Ini kerana Imam Ahmad Ibn Hanbal pada ketika itu mengangkat ilmu yang dimiliki dengan memakai pakaian terbaik sebagai tanda ilmu yang dibawa.


Netizen Setuju Dengan Nasihat Naib Canselor UiTM

Di ruangan komen, ramai netizen yang bersetuju dengan teguran yang diberikan oleh Naib Canselor UiTM itu kerana turut beranggapan jubah konvokeysen perlu dijaga tata tertibnya memandangkan ia dipakai pada majlis istiadat.

Sesetengah netizen juga berpendapat tindakan segelintir graduan yang sesuka hati memakai jubah konvokesyen dalam melakukan aktiviti seharian adalah tidak sepatutnya kerana boleh mengotorkan pakaian berkenaan.

Seorang netizen pula berkongsi nasihat dari arwah bapanya yang berpesan untuk tidak melambungkan topi mortar board ke atas sebagai tanda menghormati ilmu yang dipelajari.

“Betul nasihat ini. Jubah akademik bukan tanda bangga, tapi tanda rendah diri akan ilmu yang Allah SWT beri,” kata seorang lagi netizen.

Semoga teguran dan nasihat ini dapat dijadikan pengajaran buat kita semua.

Sumber: TikTok

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd