Now Reading
[Foto] Jubah Graduasi USM Tarik Perhatian Ramai, Boleh OOTD Dengan Design Minimalis!

[Foto] Jubah Graduasi USM Tarik Perhatian Ramai, Boleh OOTD Dengan Design Minimalis!

Seorang pensyarah berkata bahawa jubah graduasi USM itu mendapat ranking tertinggi dalam kategori jubah tercantik di platform media sosial.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Majlis graduasi merupakan hari yang paling dinantikan oleh semua para pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka.

Bagi menyambut hari yang penuh kenangan itu, ramai para graduan telah membeli pakaian dan aksesori baru untuk diperagakan bersama jubah konvokesyen daripada universiti masing-masing.

Berbicara tentang itu, design jubah graduasi milik Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai kerana konsepnya yang anggun.


Jubah Konvokesyen USM Tarik Perhatian Ramai

Menerusi perkongsian di laman Facebook Azrul Zabidi, pensyarah itu telah berkongsi pandangannya terhadap jubah konvokesyen USM yang menerima pujian ramai sejak kebelakangan ini.

Menurut pensyarah tersebut, warganet khususnya di laman TikTok telah membuat perbandingan tentang jubah graduasi yang paling cantik dalam kalangan institusi pengajian di Malaysia.

Biarpun sudah lama digunakan, namun jubah konvokesyen USM telah menarik perhatian ramai selain mendapat ‘ranking’ tertinggi bagi kategori jubah tercantik.

Sementara itu, ada juga individu mahu mendaftar ke universiti berkenaan hanya kerana jubah graduasinya yang dikatakan lain daripada lain.

Dalam pada itu, ada yang berpendapat bahawa design pakaian itu seolah-olah menyerupai jubah para pelajar dari filem Hollywood terkenal, Harry Potter.


Jubah Graduasi USM Minimalis

Mengapa ramai yang meminati jubah konvokesyen USM? Hal ini kerana, design jubah itu dikatakan boleh menunjukkan baju yang dipakai dari dalam oleh para graduan ketika majlis konvokesyen tersebut.

Mana tidaknya, rata-rata graduan menghabiskan ratusan ringgit untuk membeli pakaian serba baru khas buat hari menggemberikan itu.

Menurut Azrul, kebanyakan jubah graduasi daripada universiti lain menutup keseluruhan pakaian yang disarungkan.

“Baju OOTD tak akan kelihatan, hanya hujung lengan sahaja. Malah jubah design lama ini kelihatan bulky dengan lengan jubah yang lebar mengembang. Ala-ala jubah hakim dalam mahkamah,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, orang ramai dikatakan meminati jubah graduasi USM kerana design yang unik dan minimalis.

Sumber: Facebook Universiti Sains Malaysia

Di akhir hantaran itu, Azrul mengingatkan bahawa jubah itu tidak mencerminkan status keilmuan seseorang.

“Namun, tidak salah untuk universiti mengikut peredaran zaman. Tidaklah gambar konvokesyen anak-anak yang berjubah ini kelihatan seperti throwback, seolah berada pada zaman silam,” katanya.


Reaksi Netizen Terhadap Jubah USM Yang Minimalis

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat bersetuju dengan pandangan yang diberikan tentang Azrul tentang jubah graduasi USM yang minimalis.

“Pattern ikut jubah universiti overseas yang menunjukkan bahagian dalam pakaian. Belahan di tengah pada lengan nampak fashionable sikit,” ujar seorang netizen.

Ada juga yang berpendapat bahawa membeli baju graduasi yang mahal adalah berbaloi sekiranya diperagakan dengan jubah konvokesyen dari USM.

“Baru la nampak baju yang dipakai. Ada yang sanggup beli dengan harga mahal dan sewa baju semata-mata untuk konvokesyen,” kata seorang wanita.

Selain itu, ramai juga graduan dari USM dilihat telah berkongsi foto-foto konvokesyen di ruangan komen tersebut. Serba ungu, memang cantik!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ayah Sebak Tengok Anak Perempuan Tamat Belajar Sampai Tak Henti Keluar Air Mata

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Real Life Attorney Woo” – Graduan Law OKU Raih Pujian Ramai Atas Kejayaan Terima Ijazah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd