Now Reading
Ibu Tunggal Syukur Jumpa Jodoh Terima Anak Ibarat Darah Daging, Siap Jumpa Family Minta Restu

Ibu Tunggal Syukur Jumpa Jodoh Terima Anak Ibarat Darah Daging, Siap Jumpa Family Minta Restu

Wanita ini meluahkan rasa syukur dan berterima kasih dengan suaminya kerana memberikan perkahwinan kedua yang cukup bermakna kepada dirinya.

jodoh dengan orang baik

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila berbicara tentang jodoh, ia adalah satu rahsia Tuhan yang tidak dapat diketahui oleh manusia. Boleh jadi pasangan jodoh korang itu adalah rakan baik sejak dari sekolah atau kenalan rapat ahli keluarga.

Sebagai umat Islam, kita perlu percaya bahawa Allah SWT telah menentukan jodoh bagi setiap manusia. Cepat atau lambat sahaja.

Dan sudah pastinya, ramai mengimpikan untuk berjumpa dengan jodoh yang baik untuk diri dan keluarga.


Wanita Kongsi Kisah Berjodoh Dengan Lelaki Yang Terima Anaknya Seperti Anak Sendiri

Menerusi video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@nfattinhz), wanita ini menceritakan kisahnya berjodoh dengan pasangan yang baik meskipun dia merupakan ibu tunggal dan mempunyai seorang anak lelaki.

Kisahnya bermula pada tahun 2016 di mana wanita yang menggelar dirinya sebagai Bunda ini baru sahaja menghabiskan pembelajaran dan mendapati dirinya hamil ketika itu.

Namun, jodohnya dengan pasangan pertama tidak lama kerana dia difahamkan telah ditinggalkan oleh bekas suami.

Bagi menjaga bayi pertamanya itu, Bunda berusaha mencari kerja termasuklah menghadiri temuduga untuk program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Malaysia Airlines.

Tapi tunggu result, tak ada. Kawan-kawan sama-sama belajar semua dah dapat jawapan. Redha jelah. Fokus lahirkan anak dulu. 1 Januari 2017 anak lahir. Merasalah beranak sorang-sorang tanpa suami disisi.

Pengguna TikTok @nfattinhz.

Tidak lama selepas itu, wanita tersebut mengambil keputusan untuk menjana pendapatan dengan menyertai sebuah perniagaan sebagai ejen.

Namun, dia perlu tabah untuk membawa anaknya ke mana-mana sahaja kerana tidak mahu menyusahkan keluarga.

Sumber: TikTok (@nfattinhz)

Ketika anaknya berusia tiga bulan, Allah SWT memberikan berita gembira kepada Bunda apabila pihak HR Malaysia Airlines menawarkan kerja.

Bukan itu sahaja, wanita ini juga diberikan peluang untuk bekerja di bidang idamannnya iaitu melibatkan kejuruteraan.

Tiba-tiba anak 3 bulan, HR Malaysia Airlines call panggil masuk kerja. Rupanya diorang tunggu saya settle bersalin dan habis pantang dulu. Baik sangat. Saya accept tanpa fikir panjang. Terus cari bilik sewa dan jumpa pengasuh anak.

Pengguna TikTok @nfattinhz.

Dengan menggunakan elaun SL1M berjumlah RM1,300, Bunda membesarkan anaknya seorang diri dan menampung kehidupan seharian.


Rakan ‘Bergaduh’ Di Tempat Kerja Rupanya Jodoh Ketentuan Allah SWT

Ketika bekerja, Bunda berkenalan dengan seorang lelaki bernama Afiq yang merupakan rakan sekerja dan duduk bersebelahan mejanya.

Namun, mereka berdua dikatakan ibarat anjing dan kucing kerana sering bergaduh hampir setiap hari di pejabat.

Tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan dilihat banyak membantu Bunda dari segi memudahkan pergerakan untuk ke beberapa lokasi.

Sumber: TikTok (@nfattinhz)

Ketika mereka keluar makan bersama anak wanita tersebut, lelaki itu juga menawarkan diri untuk menjaga si kecil sementara memberi waktu kepada Bunda untuk menjamu selera.

Ada kalanya, cahaya mata kepada Bunda kurang sihat dan perlu mengambil cuti untuk menjaganya. Gerangan bernama Afiq itu pula tampil meringankan beban kerja di pejabat.

Bila anak sakit, kena ambil AL. Nak bergilir pun family jauh. Suami pun tak ada masa ni. Afiq tolong coverkan kerja kat office. Pun sempat gaduh lagi dalam pada orang tengah tolong tu.

Pengguna TikTok @nfattinhz.

Lelaki Tersebut Minta Restu Dari Ahli Keluarga Wanita Itu Untuk ‘Berkawan’

Beberapa lama selepas itu, lelaki berkenaan secara senyap berjumpa dengan makcik dan nenek kepada Bunda untuk meminta izin ‘berkawan’ dengan rakan sekerjanya itu.

Walaupun sudah mendapat persetujuan dari ahli keluarga, tetapi Bunda masih enggan menerima mana-mana lelaki kerana trauma dengan pengalaman sebelumnya.

Namun, Afiq tidak berputus asa dan mengambil keputusan untuk merisik dan bertunang selepas dipersetujui oleh ibu kepada wanita tersebut.

Sumber: TikTok (@nfattinhz)

Allah SWT Satukan Bunda Dan Afiq

Selepas pelbagai ujian yang dihadapai, Allah SWT mengizinkan mereka berdua menjadi pasangan suami isteri dan dikurniakan seorang anak.

Wanita ini juga mengucapkan terima kasih kepada suaminya kerana sudi menerima dirinya serta anak sepenuh hati.

Terima kasih sayang anak saya persis darah dagingmu. Dari hari pertama, tak pernah berkurang, malah makin dimanjakan. Tak sangka juga Allah SWT izinkan lagi zuriat dalam rahimku walau berbeza bin. Anak kedua ini jadi pengikat kami bertiga.

Pengguna TikTok @nfattinhz.
Sumber: TikTok (@nfattinhz)

Usia perkahwinan mereka berdua yang kini sudah memasuki tahun kelima menjadi pengalaman yang paling manis buat wanita ini.

Video penuh boleh tonton [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Jodoh Tak Ke Mana, Wanita Ini Tak Sangka Disatukan Dengan Pasangan Di Kota Paris!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Risau Anak Bujang Belum Kahwin, Pak Cik Grab Sempat Promote Anak Lelaki Kepada Penumpang

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kupas Isu Kenapa Millennials Susah Cari Jodoh. Setuju?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd