Now Reading
[Video] Risau Anak Bujang Belum Kahwin, Pak Cik Grab Sempat Promote Anak Lelaki Kepada Penumpang

[Video] Risau Anak Bujang Belum Kahwin, Pak Cik Grab Sempat Promote Anak Lelaki Kepada Penumpang

Pemandu Grab itu bercerita tentang anak bujangnya yang belum mendirikan rumah tangga berbanding dua orang anaknya yang lain kepada penumpang wanita itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ketika menaiki pengangkutan awam, pelbagai ragam manusia yang dapat dilihat. Ada yang kekal tenang malah ada juga yang beremosi.

Buat pengguna e-hailing seperti grab, pastinya sebagai penumpang, pelbagai ragam pemandu yang telah ditemui.

Ada yang mesra sampai sanggup berborak hingga tiba ke lokasi. Ada juga yang memilih untuk diam membisu.

Cari Jodoh Untuk Anak Lelaki, Promote Pada Penumpang Wanita

Begitulah yang dihadapi oleh seorang gadis apabila menemui seorang pemandu e-hailing yang menggelarkan dirinya sebagai pak cik dan dikatakan mesra dengan penumpang.

Menerusi perkongsian video di Tik Tok @cikniins, gadis itu mendakwa pemandu berkenaan sedang mencari jodoh untuk anak lelakinya.

Pada asalnya, lelaki itu berborak dan bercerita seperti biasa kepada penumpang wanita itu tentang anak-anaknya sebelum bercerita tentang anak lelakinya yang belum berkahwin.

“Anak pak cik tiga-tiga ada ijazah. Adik dia kahwin dah, kakak dia kahwin dah, dia je tak kahwin lagi,” kata pak cik itu.

Menyedari bahawa pemandu itu cuba mempromosikan anak lelaki kepada dirinya, gadis itu menolak secara baik dengan mengatakan dia sudah tua dan tidak sepadan dengan anak lelaki pak cik itu.

“Tapi jauh beza tu, saya dah tua pak cik,” kata gadis itu.

Dakwa Anak Lelaki Kacak & Tidak Merokok

Namun, pemandu berkenaan dilihat tetap tidak mengalah dan terus mempromosikan anak lelakinya kepada gadis itu.

“Anak pak cik handsome boy, tak merokok, sembahyang taat, lepak-lepak kedai mamak tak de, pakej.

“Dia kerja Jabatan Kerja Raya (JKR), engineer. Kalau jadi menantu pak cik, pak cik ada dusun durian, rumah dah siap semua,” tambah lelaki itu lagi.

Namun, wanita itu menolak dengan baik dan hanya ketawa mendengar cerita pemandu tersebut.

https://www.tiktok.com/@cikniins/video/7270494338973519106?_r=1&_t=8f6evHyQrCs

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan keletah lelaki berkenaan. Ada segelintir yang memahami perasaan ibu bapa yang mempunyai anak belum berkahwin.

Malah, ada juga yang berseloroh berharap dapat ditemukan dengan pak cik itu agar dapat menjadi jodoh buat anak lelakinya.

Comel Lah Pak Cik Ni Promote Anak Dia

Kalau Ayah Puji Anak Dia Macam Tu, Insya-Allah Baik Anak Dia

Lepas Ni Aku Simpan Kereta Dekat Rumah, Naik Grab Je

Sempoi Pak Cik!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd