Now Reading
“Jaga Kesihatan & Jangan Hisap Dadah” – Lelaki Ini Sebak Dapat Hubungi Ayah Yang Hilang Selama 23 Tahun

“Jaga Kesihatan & Jangan Hisap Dadah” – Lelaki Ini Sebak Dapat Hubungi Ayah Yang Hilang Selama 23 Tahun

Lelaki ini berjaya menghubungi semula bapanya menerusi WhatsApp selepas mendapat nombor telefon dari adik kepada ayahnya di Facebook.

dapat contact ayah kandung lepas 23 tahun (6)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jika berbicara tentang ahli keluarga, mesti ramai yang akan mudah tersentuh hati atau sebak apabila mengenangkan mereka lebih-lebih kalau anda berada di lokasi yang jauh.

Ditambah pula dengan keadaan yang semakin sibuk dengan kerja, kadangkala waktu untuk bersama keluarga juga semakin berkurangan.

Meskipun tinggal berjauhan, namun perasaan sayang terhadap sesama sendiri tidak pernah pudar.


Lelaki Ini Dapat Menghubungi Semula Ayah Kandung Selepas 23 Tahun

Situasi hampir sama dirasai oleh seorang pengguna TikTok (@_ryan17._) apabila dia meluahkan perasaan sebak dapat berhubung semula dengan ayah kandungnya selepas 23 tahun.

Perkongsian itu dimuat naik menerusi sebuah video yang memaparkan perbualannya bersama seorang individu sebelum dapat menghubungi ayahnya bernama Syopian Samsudin.

Lelaki dikenali sebagai Ryan ini menceritakan dia pernah cuba mencari ayahnya di Facebook sebelum ini tetapi tidak berjaya.

Selepas beberapa tempoh, Ryan tergerak hati untuk mencuba sekali lagi dan akhirnya berjaya menjumpai akaun Facebook bapa kandungnya sebelum menghantar mesej menerusi Direct Message (DM). Namun, tiada respon yang diterima.

Usahanya tidak terhenti di situ apabila Ryan cuba menghubungi adik kepada bapanya pula dan berjaya mendapatkan nombor telefon ayahnya.

Sumber: TikTok @_ryan17._

Ryan Berjaya Menghubungi Ayahnya Di WhatsApp

Akhirnya selepas 23 tahun, Ryan dapat menghubungi semula bapanya menerusi WhatsApp dan menghantar gambar mereka sekeluarga.

Keadaan menjadi lebih sebak apabila ayahnya mengatakan dia masih mengingati wajah ibu kepada Ryan dan turut menghantar gambarnya.

Akhirnya dapat juga contact papa. Rasa awkward for the first time sebab tak pernah rasa kasih sayang seorang ayah. Nak chat pun tak tahu nak borak apa tapi just try.

Ryan.

Sejak dapat berhubung semula dengan ayahnya yang berada di Indonesia, Ryan dan bapanya saling bertukar khabar berita antara satu sama lain.

Bapanya juga dilihat banyak meluahkan rasa kerinduannya kepada anak-anak yang berada di Malaysia dan tidak putus memberi nasihat.

Antara pesanan yang diberikan oleh si bapa kepada anak lelakinya itu adalah untuk sentiasa menjaga kesihatan diri, tidak meninggalkan solat lima waktu dan tidak mengambil dadah.

“Jaga kesihatan jangan hisap dadah ok, anak yang sihat tanpa dadah tu pesan papa,” kata si ayah.

Namun difahamkan sehingga kini, Ryan masih belum berpeluang untuk berjumpa dengan ayahnya secara bersemuka.

Sumber: TikTok @_ryan17._

Netizen Kongsi Pengalaman Hampir Sama Yang Mereka Lalui

Di ruangan komen video tersebut, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen.

Ada yang turut sebak selepas membaca perbualan Ryan dan ayahnya dan mendoakan agar urusan mereka untuk berjumpa suatu hari nanti dipermudahkan.

Bukan itu sahaja, rupa-rupanya ramai yang mempunyai pengalaman sama seperti Ryan apabila mereka juga menceritakan usaha untuk mencari ahli keluarga di Facebook selepas 27 tahun.

Namun, seorang netizen pula memberitahu dia tidak pernah menghubungi ayah kerana sukar untuk mendapatkan maklumat dari pelbagai pihak.

Kami mendoakan agar sesiapa yang masih berusaha untuk mencari ahli keluarga anda dipermudahkan urusan dan dapat berjumpa dengan mereka suatu hari nanti.

Amin.

Artikel Berkaitan: [Video] Ayah Sebak Tengok Anak Perempuan Tamat Belajar Sampai Tak Henti Keluar Air Mata

Artikel Berkaitan: [Video] Ayah Terharu Anak Hadiahkan Motosikal, Dulu Dijual Untuk Bayar Yuran Kolej

Artikel Berkaitan: [Video] Pemuda Menangis Terduduk Dalam Tren Lepas Dapat Berita Ayah Meninggal Dunia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd