Now Reading
[Video] Kanak-kanak Terkeluar Dari Seat Belakang Kereta, 2 Kali Dilanggar Di Jalan Raya

[Video] Kanak-kanak Terkeluar Dari Seat Belakang Kereta, 2 Kali Dilanggar Di Jalan Raya

Kanak-kanak itu telah dilanggar oleh dua buah kenderaan di jalan raya sehingga terpelanting selepas terkeluar dari tempat duduk belakang kereta.

kanak kanak terkeluar dari seat belakang kereta

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai ibu bapa, keselamatan anak-anak terutamanya mereka yang masih kecil perlulah diambil perhatian kerana pelbagai perkara tidak diingini boleh terjadi.

Antaranya dengan meletakkan kanak-kanak yang masih kecil di dalam car seat atau menyuruh mereka untuk memakai tali pinggang keselamatan di tempat duduk belakang.

Ini kerana sebarang kemalangan boleh berlaku tanpa dijangka seperti mana yang terjadi kepada seorang kanak-kanak di Jalan Sultan Yahya Petra berhampiran Kota Sri Mutiara, Kota Bharu, Kelantan semalam (17 Oktober) sekitar jam 5:41 petang.


Kanak-kanak Terkeluar Dari Tempat Duduk Belakang Kereta

Menerusi rakaman dashcam yang dimuat naik di laman X (Twitter @paultan), satu kejadian berlaku melibatkan seorang kanak-kanak yang dipercayai terkeluar dari tempat duduk belakang kereta.

Dalam video tersebut, kanak-kanak berkenaan terkeluar dari pintu belakang di bahagian penumpang ketika kenderaan tersebut sedang membuat pusingan U di lampu isyarat.

Kanak-kanak yang terjatuh di atas jalan raya itu kemudiannya dipercayai telah dilanggar oleh sebuah kereta berwarna putih sebelum bangun berdiri.

Tidak lama selepas itu, kereta berwarna merah pula dikatakan telah melanggar kanak-kanak itu sehingga terpelanting meskipun sempat memberhentikan kenderaannya secara mengejut.

Insiden yang berlaku membuatkan beberapa penunggang motosikal di kawasan sekitar cuba untuk membantu menyelamatkan kanak-kanak terbabit untuk diserahkan semula kepada ibu bapanya.


Pihak Polis Kini Sedang Mengesan Kenderaan Dan Kanak-kanak Yang Terlibat

Memetik sumber Utusan, Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun telah dimaklumkan dengan kejadian yang berlaku.

Susulan itu, pihak polis kini sedang giat mengesan kenderaan terbabit dan kanak-kanak yang menjadi mangsa.

Orang ramai yang melihat kejadian serta pemandu kereta terlibat dan perakam video diminta untuk tampil ke Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu atau hubungi pegawai penyiasat Inspektor Khairul Anuar Abdul Aziz di talian 09-775 2355 bagi membantu siasatan.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Netizen Beri Pelbagai Reaksi Selepas Lihat Kejadian Kanak-kanak Terkeluar Dari Tempat Duduk Belakang Kereta

Pelbagai reaksi diberikan oleh netizen selepas insiden yang berlaku kepada kanak-kanak tersebut.

Boleh dikatakan ramai yang menyalahkan ibu bapa mangsa kerana tidak peka dengan keselamatan anak mereka yang berada di tempat duduk belakang.

Malah, mereka juga menekankan tentang kepentingan car seat serta tali pinggang keselamatan kepada anak-anak di tempat duduk belakang.

Pada masa yang sama, netizen juga meluahkan rasa kasihan dengan anak kecil itu selepas dilanggar sebanyak dua kali dalam insiden tersebut.

Sumber: X (Twitter)

Langkah Menjaga Keselamatan Kanak-kanak Di Dalam Kereta

Selain memakai tali pinggang keselamatan, antara ciri-ciri lain yang perlu diambil perhatian bagi setiap ibu bapa apabila membawa anak kecil menaiki kereta adalah dengan mengaktifkan ‘child lock’.

Child lock ini akan menghalang seseorang di dalam kereta untuk membuka pintu dari dalam dan hanya mereka yang berada di luar kenderaan sahaja boleh membukanya.

Kebanyakan child lock ini mempunyai suis di bahagian tepi pintu bahagian penumpang di belakang.

Selain itu, penggunaan car seat juga diwajibkan di Malaysia bermula Januari 2020 bagi kanak-kanak yang mempunyai berat kurang 36 kg, berketinggian kurang dari 136 cm atau berumur bawah 12 tahun.

Undang-undang di Malaysia menyatakan kerusi keselamatan kanak-kanak perlu mematuhi standard United Nation Regulation (UNR), iaitu R44 atau R129.

Artikel Berkaitan: Kerajaan Umum Insentif Car Seat Bayi Khas Buat Keluarga B40 & M40

Artikel Berkaitan: Elak Letak Bayi Dalam Car Seat Lebih 2 Jam, Boleh Alami Risiko Aliran Udara Terhad


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd