Demi Ambil Foto Matahari Terbenam, Wanita Ini Sanggup Keluar Kereta Di Lampu Isyarat
Meskipun lampu isyarat sudah bertukar hijau, tetapi kereta itu tetap tidak bergerak dan masih mengambil gambar pemandangan matahari terbenam.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Tak kiralah di mana-mana lokasi sekalipun, pemandangan matahari terbenam dilihat cukup mempesonakan.
Setiap kali nampak pemandangan itu, mesti ramai yang automatik akan mengeluarkan telefon untuk mengambil gambar dan memuat naiknya di media sosial.
Keindahan alam sememangnya mampu menawan hati semua orang tanpa mengira peringkat usia.
Wanita Sanggup Keluar Kereta Di Lampu Isyarat Untuk Ambil Gambar Matahari Terbenam
Trend mengambil gambar matahari terbenam bertukar sebaliknya apabila seorang pengguna jalan raya dikatakan membuatkan aksi tersebut dalam keadaan yang agak membahayakan.
Menerusi perkongsian video oleh penunggang motosikal yang dimuat naik di laman Facebook (我们是马来西亚人 We are Malaysians), seorang wanita dipercayai berada di tempat duduk penumpang dilihat telah membuka pintu kereta di hadapan lampu isyarat berhadapan MRT Jinjang.
Dalam rakaman video tersebut, wanita itu dilihat membuka pintu kereta ketika lampu isyarat sedang merah dan cuba mengambil gambar pemandangan matahari terbenam menggunakan telefon bimbit miliknya.
Namun selang beberapa saat, lampu isyarat bertukar hijau tetapi kenderaan yang dinaiki oleh wanita itu masih tidak bergerak dan tetap mengambil gambar matahari terbenam.
Perbuatan Itu Mendapat Banyak Kecaman Dari Netizen
Aksi yang dilakukan oleh wanita tersebut telah mengundang pelbagai reaksi dari orang ramai dan rata-ratanya mengecam perbuatan itu.
Ini kerana tindakan tersebut boleh membahayakan keselamatan pelaku dan juga pengguna jalan raya yang lain terutamanya penunggang motosikal.
Ada juga yang mendakwa kononnya wanita itu tidak pernah melihat matahari terbenam sehingga sanggup berbuat sedemikian.
Salah seorang netizen juga sempat bergurau kerana mereka bernasib baik wanita itu tidak mengeluarkan pen dan kertas untuk melukis pemandangan matahari terbenam yang dilihatnya.
Lokasi Untuk Layan ‘Sunset’ Di Sekitar Kuala Lumpur Dan Selangor
Kepada anda yang suka melihat pemandangan matahari terbenam sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, ada beberapa lokasi menarik yang boleh anda tuju untuk melihat sendiri matahari terbenam dan yang paling penting, tidak perlu berhenti di tengah-tengah jalan raya. Antara lokasi-lokasinya adalah:
- Bukit Ampang
- Bukit Antarabangsa
- Taman Tasik Titiwangsa
- Taman Tasik Ampang Hilir
- KL Forest Eco Park
Ada banyak lokasi yang lebih sesuai untuk anda menikmati pemandangan matahari terbenam sekitar Lembah Klang.
Nasihat kami, elakkanlah berada di lokasi yang kurang selamat semata-mata untuk melihat keindahan alam.
BACA JUGA: Newly Opened SUKE Highway Already Attracting People To Take Pics By The Roadside
BACA JUGA: Lebuhraya SUKE Rekod Kemalangan Pertama Lepas Pemandu Berhenti Nak Bergambar
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.