Now Reading
[Video] Ramai Sebak Lihat Kanak-Kanak Menangis Peluk Bapa Lepas 4 Bulan Tak Jumpa

[Video] Ramai Sebak Lihat Kanak-Kanak Menangis Peluk Bapa Lepas 4 Bulan Tak Jumpa

Menerusi video kelihatan wajah kanak-kanak berkenaan seolah-olah tergamam sebaik melihat wajah bapa muncul di sebalik pintu kereta.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ibu bapa merupakan figura yang sangat penting khususnya buat kanak-kanak yang sedang membesar.

Namun tidak semua diberikan peluang yang sama apabila dapat membesar di hadapan mata ibu dan bapa. Segelintir darinya terpaksa berjauhan atas tuntutan kerja dan sebagainya.

Oleh itu, apabila diberikan peluang untuk berjumpa pastinya itu adalah detik yang paling indah buat mereka kerana akhirnya dapat bersama-sama dengan insan disayangi.

Kanak-kanak tergamam terima kejutan dari bapa

Perkara ini sama seperti apa yang berlaku kepada seorang kanak-kanak lelaki ini apabila dia dilihat menangis sebaik menerima kejutan dari bapanya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Saqinah Mansor di TikTok, awalnya kelihatan kanak-kanak dikenali sebagai Sayf dilihat berbual bersama ibunya di dalam kereta.

Tidak lama selepas itu datang seorang lelaki (bapa) mengetuk tingkap kereta.

Kemunculan lelaki berkenaan membuatkan Sayf tergamam sebelum dia akhirnya menyedari individu berada di luar pintu kereta adalah bapanya yang sudah beberapa bulan tidak berjauhan.

Kanak-kanak itu kemudian segera membuka kunci pintu kenderaan terbabit dan sebaik sahaja si bapa membuka pintu dia lalu menjerit memanggil lelaki berkenaan.

Terus peluk sebaik buka pintu

“Daddy!” teriak si kecil lantas bersalaman dan memeluk bapanya. Kelihatan reaksi si kecil seperti terkejut sebaik melihat bapa yang dirindui itu muncul di depan mata.

“Sihat? Happy tak? Jangan nangis. Budak yang daddy rindu,” kata bapanya sambil memeluk dan cuba memujuk si anak yang mula menangis.

Suka diberikan kejutan setiap kali bapa pulang dari kerja kapal, dah 4 bulan tak jumpa

Menurut Saqinah yang dipercayai ibu kepada Sayf, dia sememangnya suka jika diberikan kejutan dengan kepulangan bapanya namun kali ini adalah pertama kali dia menangis sebaik melihat susuk tubuh itu.

“Pertama kali dia nangis bila daddy turun kapal. Sebenarnya sejak akhir-akhir ini dia rindu daddy. Asyik tanya bila daddy nak balik.

“Kadang-kadang tanya daddy ada line tak untuk video call.

“Nak pergi sekolah minggu ni pun lemau je pagi-pagi. Jarang dia macam ni. Tak tahu lah apa yang dia pendam. Mungkin terlalu rindu.

“Alhamdulillah.. bertiga kembali kami selepas empat bulan setengah. Nikmati momen indah ini abang Sayf!” kata si ibu di ruang kapsyen.

https://www.tiktok.com/@saqinahmansor/video/7286615987980487938?_r=1&_t=8gLqxCS4zg1

Melihat di ruangan komen, perkongsian video itu telah membuatkan ramai sebak dan menangis kerana melihat bagaimana perasaan seorang anak yang merindukan bapanya.

“Bapak dia, aku yang nangis. Saya boleh jadi anak akak dah ke”

“Aku tak pernah rasa kasih sayang seorang ayah sebegini. Tapi tak apa, semua ada hikmah. Allah SWT sebaik-baik percang. Abang jealous dengan kau, dik”

“Untuk mendapat reaksi seperti ini, dia pasti sangat menyayangi ayahnya”

“Akak pun nangis sekali ni macam mana”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd