Now Reading
[Video] Babak Puteri Sarah Salam Dengan Yusof Haslam Jadi Bualan, Netizen Perjelas Ia Tidak Berdosa

[Video] Babak Puteri Sarah Salam Dengan Yusof Haslam Jadi Bualan, Netizen Perjelas Ia Tidak Berdosa

Datuk Yusof Haslam membuat kemunculan istimewa di dalam rancangan Sepahtu Reunion sebagai bapa kepada Puteri Sarah.

puteri sarah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, pengarah filem Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah telah sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas pada 14 Jun 2023.

Walaupun Puteri Sarah telah bercerai dengan Syamsul, namun hubungannya dengan keluarga bekas mentua masih begitu baik.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memahami perasaan sedih yang dialami oleh kedua ibu bapa bekas mentuanya dan berjanji akan menjaga silaturahim meskipun sudah tiada kaitan dengan anak mereka, Syamsul.

Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof & Puteri Sarah Sah Bercerai Talak Satu


Datuk Yusof Haslam Buat Kemunculan Istimewa Dalam Rancangan Sepahtu Reunion

Baru-baru ini, rancangan komedi Sepahtu Reunion menjadi perbualan ramai selepas menjemput tetamu istimewa iaitu penerbit dan pengarah filem merangkap bekas mentua kepada Puteri Sarah iaitu Datuk Yusof Haslam.

Lebih menarik lagi, kemunculan istimewa atas jemputan pihak produksi itu tidak diketahui oleh Puteri Sarah.

Sumber: Twitter

Memetik sumber Harian Metro, Yusof berkata dia diminta untuk muncul sebagai watak bapa kepada Puteri Sarah dalam program berkenaan.

Semuanya secara kebetulan dan bukan dirancang. Puteri Sarah memang tidak tahu siapa yang jadi bapa dia untuk program itu kerana satu kejutan buatnya. Saya juga kebetulan diberitahu Puteri Sarah yang terbabit dalam program itu. Jadi, saya kata okaylah sebab memang ‘free’ malam itu.

Penerbit dan Pengarah Filem, Datuk Yusof Haslam.

Lakonan di dalam rancangan itu difahamkan tiada skrip dan hanya berdasarkan jalan cerita yang diterangkan oleh pihak produksi kepadanya.


Babak Puteri Sarah Bersalaman Dan Berpelukan Dengan Yusof Haslam Dalam Rancangan Sepahtu Reunion Jadi Perbualan Netizen

Menerusi video yang dimuat naik semula di laman X (@IniAlalalannnn), terdapat satu babak di dalam rancangan tersebut menunjukkan Puteri Sarah menyalam ‘bapanya’ dan berpelukan.

Babak itu membuatkan sesetengah netizen tertanya-tanya apakah batas pergaulan dan hukum Puteri Sarah bersentuhan bersama Yusof memandangkan aktres berkenaan bukan lagi isteri kepada Syamsul Yusof.

Sumber: Twitter

Mahram Antara Bekas Menantu Dan Bapa Mentua

Sebagai info, hubungan bekas menantu dengan bapa mentua walaupun sudah bercerai masih dikira sebagai mahram.

Mengikut panduan dalam agama Islam, seseorang wanita itu hanya mempunyai empat lelaki yang akan menjadi mahramnya dan tidak boleh berkahwin sampai bila-bila iaitu:

  • Bapa kepada suami (bapa mentua).
  • Datuk kepada suami.
  • Anak lelaki (anak tiri/ anak perkahwinan sebelumnya).
  • Cucu lelaki (Cucu anak perkahwinan sebelumnya).

Selain bersalaman, wanita juga boleh untuk tidak berhijab di hadapan ibu dan bapa bekas suaminya.

Sumber: Maktabah Al-Bakri | Harian Metro | Twitter


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd