Now Reading
Pertama Kali Beraya Rumah Mentua? Ini Tips Untuk Bantu Para Suami

Pertama Kali Beraya Rumah Mentua? Ini Tips Untuk Bantu Para Suami

Sebenarnya banyak je tips untuk pikat hati keluarga mentua. Yang penting kena berbudi bahasa dan pandai bawa diri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sepanjang dua tahun tak dapat balik beraya di kampung, macam-macam yang berlaku. Ada yang dari bujang kini sudah bergelar suami isteri. Dari anak satu, sekarang dah anak tiga.

Bukan itu sahaja, ada juga yang tidak berpeluang lagi untuk beraya dengan keluarga mentua sejak bergelar suami isteri ketika musim pandemik. Namun selepas tiada lagi sekatan jalan raya, tahun ini mungkin menjadi tahun pertama seseorang beraya di kampung belah isteri.

Tips untuk para suami

Untuk para suami yang baru berkahwin dan belum pernah merasa beraya di rumah keluarga mentua, ada tips untuk anda semua yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook (Fdaus Ahmad) untuk ‘curi hati’ keluarga belah isteri.

Antara tips yang dikongsikan adalah seperti berikut:

1. Pandai masak sekurang-kurangnya satu resipi

Sumber: Pa & Ma

Walaupun dengan hanya satu jenis masakan sahaja tetapi percayalah bila makanan yang anda masak itu digemari ramai, confirm mereka ingat anda sudah ‘master’ dalam memasak. Mesti akan ada yang cakap “Rindulah nasi briyani menantu mama” setiap kali anda pulang ke rumah mentua.

2. Belajar satu trick magik

Sumber: Lifehack

Nak belajar buat magik ni senang je sebab ada banyak video tutorial di internet. Cubalah buat satu dua trick magik dan tunjukkan kepada kanak-kanak, mesti mereka akan ‘wow’ tengok anda. Dalam masa yang sama, mentua kita pun mesti suka bila tengok menantu dia pandai berinteraksi dengan budak kecil.

3. Bawa buah tangan

Sumber: Sis Hawa

Rasanya ini tips yang paling basic dan sering digunakan untuk menambat hati mentua. Bawa balik kuih raya yang kita belikan untuk mereka pun dah okey. Kalau ada bajet lebih sikit, boleh belikan mereka sepasang persalinan baju kurung dan baju melayu.

4. Ajak tumpang bila nak pergi beraya

Bila musim ziarah-menziarahi ketika raya, memang jalan akan menjadi sesak sehingga tiada tempat untuk parking. Risau nanti dah sampai rumah tapi tak dapat ziarah pula sebab tak ada parking. Jadi, inilah masa anda untuk mengurangkan beban mereka dengan mengajak untuk naik kereta bersama.

“Jom naik dengan saya” adalah ayat yang paling disukai ramai. Cubalah nanti!

5. Tunjuk rasa teruja jumpa keluarga mentua di media sosial

Kalau dah buntu sangat tak tahu cara nak pikat hati mentua, apa kata anda muat naik gambar di media sosial ketika di rumah mentua dengan kapsyen “Seronok betul raya kat sini. Meriah dan sempoi”. Mesti seronok keluarga mentua bila tengok menantunya suka dengan suasana di rumah mereka.

Kalau anda nak tahu lebih banyak tips yang lain untuk pikat keluarga mentua, boleh baca perkongsian penuh di bawah.


Sebenarnya banyak je tips untuk pikat hati keluarga mentua. Yang penting kena berbudi bahasa dan pandai bawa diri. Jangan nampak terlalu malu dan kekok bila tiada isteri di sisi.

Tak perlu tunggu kaya baru nak pikat hati mereka. Kadang-kadang perkara kecil pun sudah cukup membuatkan hati mereka gembira dan terpikat dengan menantunya.

Untuk para suami yang pertama kali balik beraya ke rumah mentua pada tahun ini, macam mana? Best tak? Kongsilah pengalaman anda dengan kami. Mana tahu dah terus jadi menantu kesayangan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd