Now Reading
“3 Kali Tidur Pun Tak Sampai Lagi” – Pelakon Hong Kong Terkejut Lihat Kesesakan Jalan Raya Di Malaysia

“3 Kali Tidur Pun Tak Sampai Lagi” – Pelakon Hong Kong Terkejut Lihat Kesesakan Jalan Raya Di Malaysia

Pelakon Hong Kong, Louis Koo ketika ini berada di Malaysia untuk sesi penggambaran bagi filem terbaharunya iaitu ‘Behind The Shadows’.

louis koo terkejut jalan malaysia sesak

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kesesakan jalan raya adalah perkara yang sinonim buat rakyat Malaysia lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di kawasan ibu kota.

Boleh dikatakan keadaan jalan raya akan dipenuhi dengan lampu berwarna merah setiap kali waktu puncak iaitu ketika orang ramai mahu pergi dan pulang dari tempat kerja.

Itu belum kira kalau ada kemalangan jalan raya berlaku, bertambah sesaklah jadinya.


Pelakon Hong Kong Tak Percaya Lihat Kesesakan Jalan Raya Di Malaysia

Bagi rakyat Malaysia, jalan raya yang sesak adalah perkara biasa.

Namun, seorang pelakon lelaki dari Hong Kong pula memberikan reaksi berbeza apabila melihat sendiri kesesakan lalu lintas di Malaysia.

Menerusi video temu bual media yang dimuat naik di laman Facebook (就酱Young), pelakon bernama Louis Koo Tin-lok atau dikenali sebagai Louis Koo itu meluahkan rasa terkejut selepas terpaksa menempuhi perjalanan yang agak sesak ketika berada di negara ini untuk sesi penggambaran filemnya.

Sumber: MalayMail

Namun begitu, dia menganggap kesesakan jalan raya itu sebagai peluangnya untuk berehat lebih lama di dalam kereta.

Bagus juga sebenarnya kerana saya dapat berehat dalam kereta. Saya sudah tidur tiga kali di dalam kereta tetapi kami masih belum sampai ke destinasi lagi.

Pelakon Hong Kong, Louis Koo.

Koo juga sempat membuat gurauan kononnya dapat menghabiskan makanan di luar kereta dan keadaan jalan raya masih tidak bergerak.

Walau bagaimanapun, keadaan ini hanya berlaku ketika waktu puncak sahaja. Kalau diikutkan destinasi yang sama ini boleh sampai dalam 10 minit sahaja.

Pelakon Hong Kong, Louis Koo.

Dalam sesi temu bual yang sama, Koo turut memberitahu bahawa dia menyukai negara Malaysia kerana faktor persekitaran seperti budaya masyarakat, bahasa komunikasi dan cuaca yang hampir serupa di Hong Kong.

Koo difahamkan berada di Malaysia bagi melakukan penggambaran produksi terbarunya, ‘Behind The Shadows’ di Kuala Lumpur yang diterbitkan bersama syarikat filem Malaysia iaitu One Cool Film.

Filem ini juga menandakan kejayaan istimewa buat rakyat Malaysia kerana lebih daripada 100pelakon dan kru tempatan terlibat dalam penghasilan filem ini.

Sumber: Yahoo News Singapore | Facebook 就酱Young


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd