Now Reading
Ustaz Yang Islamkan Raymond Goh Sebak Imamkan Solat Jenazah

Ustaz Yang Islamkan Raymond Goh Sebak Imamkan Solat Jenazah

Ustaz Fauzi yang mengislamkan Raymond Goh tidak sangka diberikan penghormatan terakhir untuk mengimamkan solat jenazah Allahyarham di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

raymond goh

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (12 September), rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan pemergian Raymond Goh, 62 atau nama Islamnya Muhammad Zaman Goh yang merupakan penyampai berita veteran Nightline TV3.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli keluarga, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 10:43 pagi.

Terdahulu, Allahyarham telah mendapatkan rawatan selama 14 hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan swasta Petaling Jaya, Selangor selepas dilaporkan kritikal diserang angin ahmar.


Ustaz Yang Mengislamkan Raymond Goh Jadi Imam Solat Jenazah

Menerusi satu perkongsian oleh wartawan TV3 Juliana Sharin di akaun Instagram miliknya (@julianasharin), Ustaz Fauzi Mat Rani yang telah mengislamkan Raymond Goh 20 tahun lalu dikatakan tidak dapat menahan sebak ketika mengimamkan solat jenazah Allahyarham di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Untuk makluman semua, beliau telah menolong Raymond Goh dalam urusan dan proses memeluk agama Islam pada 31 Mac 2003 yang lalu dengan membantunya mengucapkan dua kalimah syahadah.

Menurut Juliana lagi, Ustaz Fauzi yang tidak sangka diberikan penghormatan terakhir untuk mengimamkan solat jenazah Zaman Goh telah bergegas dari rumah di Rawang ke lokasi masjid untuk mengiringi perjalanan terakhir sahabatnya.

“Kebetulan imam masjid ini kawan saya juga, jadi dia beri peluang untuk saya mengimamkan Allahyarham. Rasa penat tadi terus sahaja hilang”, ujar Ustaz Fauzi.

Sumber: Instagram (@julianasharin)

Selepas urusan solat jenazah di masjid selesai, jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Salam takziah kami ucapkan buat keluarga Allayarham Muhammad Zaman Goh. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Baca Artikel Berkaitan: [Terkini] Raymond Goh Meninggal Dunia

Baca Artikel Berkaitan: Veteran News Reporter In Critical Condition After Suffering From Stroke

Baca Artikel Berkaitan: Pengarah Filem, Azhari Zain Meninggal Dunia Akibat Angin Ahmar

Sumber: Instagram (@julianasharin) | Buletin TV3


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd