Now Reading
“Patutlah Rasa Berat” – Pelanggan Dakwa Jumpa Abu Mayat Dalam Anak Patung Dijual Di Bundle

“Patutlah Rasa Berat” – Pelanggan Dakwa Jumpa Abu Mayat Dalam Anak Patung Dijual Di Bundle

Pelanggan wanita itu meluahkan rasa tidak sedap hati ketika pertama kali melihat patung tersebut yang mempunyai tulisan berbahasa Jepun.

anak patung kedai bundle

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut kedai bundle, mesti ramai akan mengenalinya sebagai premis yang menjual barangan terpakai seperti pakaian, permainan, barangan perhiasan rumah dan sebagainya.

Harga barangan yang dijual juga lebih murah jika dibandingkan di tempat-tempat lain. Jangan terkejut jika ada terjumpa kasut jenama Nike dijual dengan harga RM40 sahaja.

Dalam keterujaan itu, ada pihak yang mendakwa mereka mempunyai pengalaman buruk membeli barangan dari kedai bundle.


Pelanggan Dakwa Terjumpa Abu Mayat Dalam Anak Patung

Baru-baru ini, seorang pelanggan wanita berkongsi kisah seram apabila mendakwa terjumpa botol kaca misteri di dalam anak patung dari sebuah kedai bundle terkenal.

Memetik sumber dari Kosmo, pengguna Facebook bernama Fathia Omma Faisal menceritakan kisah itu apabila patung beruang berharga RM20 dijumpai oleh anaknya.

Walau bagaimanapun, Fathia berasa tidak sedap hati kerana terdapat sulaman yang tidak difahami dalam bahasa Jepun.

Sumber: Facebook

Ketika patung itu digoncang, wanita berkenaan mendakwa terdengar bunyi botol kaca di dalamnya.

Anak kita kata sedap peluk beruangnya, gebu berat. Tapi tak sedap hati tengok tulisan kat kaki. Kepala dia boleh pusing buka tempat masuk balang abu kot.

Pengguna Facebook, Fathia Omma Faisal.

Apabila ayat bahasa Jepun itu diterjemahkan, ia membawa maksud ‘Shiori Ogos 2009, 43.5 cm. Terima kasih kerana telah dilahirkan. Mari teruskan hidup dengan bahagia selamanya’.

Sumber: Facebook

Pelanggan Lain Dedah Miliki Patung Yang Sama

Dalam satu hantaran Facebook berbeza, seorang lagi pengguna tampil mendedahkan dirinya juga memiliki patung yang sama dengan tulisan berlainan dalam bahasa Jepun.

Selepas tularnya tentang patung yang dijumpai di dalam kedai bundle terkenal, pengguna itu mendapati patungnya mempunyai bungkusan abu di dalam beberapa plastik.

Walau bagaimanapun, dia menjelaskan patung berkenaan tidak dibeli dari kedai yang sama. Susulan isu yang berlaku, pengguna tersebut menasihati orang ramai agar berhati-hati membeli barangan terpakai.

Sumber: Facebook

Pihak Kedai Bundle Akan Simpan Patung Dari Dibeli Pelanggan

Dakwa wanita berkenaan, isu yang tular ini telah mendapat perhatian pihak kedai bundle terkenal itu dan mereka telah pun menghubunginya.

Bear yang saya jumpa tu pihak kedai bundle dah contact, maybe diorang akan cari dan simpan bear tu kalau tak ada orang beli lagi. Ada yang cakap tu congratulary bear tapi tak tahu la.

Pengguna Facebook, Fathia Omma Faisal.
Sumber: Facebook

Netizen Perjelas Budaya Beri Patung Untuk Ucap Tahniah Atas Kelahiran Bayi

Berdasarkan perkongsian dari netizen di ruangan komen, mereka menjelaskan masyarakat Jepun sebenarnya mengamalkan budaya untuk memberikan patung sebagai tanda tahniah atas kelahiran bayi.

Malah, ada juga perniagaan yang membolehkan pelanggan mengubah suai patung dengan menyulam nama bayi dan meletakkan beberapa barangan untuk menjadikan ia mempunyai berat sama seperti bayi yang dilahirkan.

Untuk pengetahuan anda, patung ini dikenali sebagai ‘Congratulatory Bear’. 

Namun pengguna Facebook berkenaan tidak menjelaskan sama ada pasir yang terdapat di dalam patung itu berfungsi sebagai pemberat atau sebaliknya.

Sumber: Facebook

Nasihat kami sebelum anda membeli apa-apa barangan terpakai, semak dahulu jika mempunyai sebarang tulisan atau simbolik yang meragukan.

Sumber: Facebook | Kosmo


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd