“Rempit Versi T20” – Video Tular BMW Hentam Belakang Mercedes Bikin Ramai Bengang
Untuk info, pada ketika itu pemandu BMW tersebut telah memandu selaju 193km/j sebelum berlanggar dengan Mercedes yang berada di hadapan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Insiden berlanggar di atas jalan raya memang sering dilaporkan terjadi di mana-mana sahaja. Tak kiralah di lebuh raya ke, jalan kampung ke, kawasan perumahan ke, pasti ada sahaja kemalangan baik kecil mahupun besar.
Kadangkala, kita sudah habis berhati-hati dan berhemah. Namun ada pula pengguna jalan raya yang memandu laju bagaikan tiada hari esok. Nak husnuzon pemandu tengah ‘sakit perut’ selalu pun tak boleh juga, kan.
Tular Klip Dashcam Pemandu BMW Hentam Belakang Mercedes Akibat Tak Sempat Brek
Baru-baru ini tular sebuah video dashcam seorang pemandu kenderaan jenis BMW jenis M340i dilihat telah melanggar belakang kenderaan jenis Mercedes AMG C43 yang dimuat naik menerusi laman X (Twitter @annazrulan).
Menerusi video tersebut, jelas kelihatan BMW M340i terbabit secara laju dan melulu telah memandu ke arah kereta hadapan iaitu Mercedes AMG C43 itu dan tanpa sempat menekan brek untuk memperlahankan kenderaan, akhirnya ‘tercium’ juga belakang Mercedes.
Dah tak pasal-pasal.
Tapi stabil juga kedua-dua buah kenderaan meskipun sudah dilanggar dan impaknya dilihat agak kuat, namun keduanya masih boleh berhenti di bahagian bahu jalan dengan selamat.
Mujur tiada motor ataupun mana-mana kenderaan lain terlibat pada ketika itu.
Untuk info, pada ketika itu pemandu BMW tersebut telah memandu selaju 193km/h.
Bmw M340i berambat(bahasa org Kedah) dengan AMG C43. Sudahnya ciummm😘 pic.twitter.com/4nA65lLEKg
— Anaz. iDevice repair 📱 (@annazrulan) August 24, 2023
“Rempit T20” – Netizen
Berang dengan kejadian tersebut, netizen dilihat memberikan beberapa reaksi dan meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap pemandu BMW itu. Mana tidaknya, meskipun sudah memberikan lampu tinggi (high-beam), tidak semestinya kelajuan tidak perlu diturunkan dan hanya perlu tailgate kereta yang berada di hadapan.
Ini kerana untuk menukar laluan juga memerlukan masa dan pemandu harus memastikan keadaan sudah selamat dan ‘clear’ bagi mengelakkan insiden lain pula berlaku.
Bukannya high-beam, terus kena tukar lane.


Tips Jika Terlibat Kemalangan Jalan Raya
Apabila terlibat dalam kemalangan, rata-rata akan mula panik dan terpinga-pinga tentang apa yang perlu dilakukan terutamanya jika ianya merupakan insiden pertama seumur hidup.
Jangan risau, ikuti tips di bawah jika terlibat dalam kemalangan:
- Hubungi trak tunda yang berdaftar di bawah syarikat insurans kereta.
- Buat laporan di balai polis trafik.
- Daftarkan kereta di bengkel.
- Hantar dokumen penting ke bengkel untuk proses tuntutan.
- Tunggu keputusan daripada ‘adjuster’.
- Tunggu kereta siap dibaiki.
Baca Artikel Berkaitan: Tak Sampai 6 Jam, Kereta Nissan GTR 35 Milik Pengasas Muiz Chicken Remuk Dalam Kemalangan
Baca Artikel Berkaitan: Terlibat Dalam Kemalangan Kereta? Ini 7 Perkara Wajib Anda Perlu Buat. Jangan Panik!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.