Now Reading
PROTON Nafi Kes Kereta X90 Hampir Terbakar Punca Dari Letupan Bateri Hibrid

PROTON Nafi Kes Kereta X90 Hampir Terbakar Punca Dari Letupan Bateri Hibrid

PROTON menjelaskan pihak mereka masih menjalankan siasatan berhubung kes tular yang mendakwa kereta Proton X90 berasap kerana letupan bateri hibrid.

proton x90 (2)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada awal tahun ini, syarikat pengeluar kereta tempatan, PROTON telah memperkenalkan kereta keluaran terbaharu mereka yang merupakan kenderaan hibrid pertama iaitu Proton X90.

Kereta jenis Proton X90 ini juga adalah SUV terbesar PROTON dengan tujuh tempat duduk dan harganya bermula dari RM123,800 sehingga RM152,800.


Tular Kes Kereta Proton X90 DidakwaBerasap Dan Hampir Terbakar

Namun begitu, baru-baru ini tular satu video dimuat naik di laman TikTok (@yoyo) menunjukkan sebuah kereta didakwa jenis Proton X90 yang hampir terlibat dalam kebakaran.

Video rakaman tersebut menunjukkan bahagian dalaman kereta itu berasap dan berjaya diselamatkan sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

Individu yang merakam kejadian itu mengatakan bahawa kereta jenis Proton X90 itu baru sahaja dibeli dan mendakwa kenderaan tersebut hampir terbakar kerana letupan bateri hibrid yang digunakan dalam model kenderaan berkenaan.

https://www.tiktok.com/@yoyoooooo987/video/7270182971242466561

Netizen Beri Pelbagai Pendapat Selepas Lihat Insiden Proton X90 Berasap

Ada netizen berpendapat bahawa teknologi manual lama lebih tahan lama berbanding kecanggihan yang diaplikasikan pada keluaran kereta terbaharu PROTON.

Walau bagaimanapun, segelintir netizen turut mengatakan bahawa orang ramai tidak sepatutnya ‘menghentam’ PROTON hanya disebabkan satu video yang tular.

Ini kerana perkara itu berlaku secara tiba-tiba dan mendakwa kenderaan syarikat luar negara juga tidak sempurna dan mengalami beberapa kerosakan.

Sumber TikTok

PROTON Tampil Perjelas Spekulasi Kes Bateri Hibrid Punca Kenderaan Jenis X90 Hampir Terbakar

Susulan spekulasi yang tersebar dengan dakwaan bateri hibrid dalam kereta jenis X90 itu telah menjadi punca kepada kes kereta berasap, pihak PROTON tampil memberi penjelasan.

Menerusi kenyataan dimuat naik di laman Facebook, pihak PROTON sedang menjalankan siasatan dan menyangkal sebarang dakwaan yang mengatakan bahawa letupan pada kereta Proton X90 berlaku kerana bateri hibrid.

Kami ingin menjelaskan bahawa tiada letupan yang berlaku disebabkan oleh bateri hibrid (48v) Proton X90. Kami memahami kebimbangan orang ramai dan memohon kerjasama untuk mengelak daripada terlibat dalam perbincangan spekulatif dan siasatan masih diteruskan.

PROTON.

Pihak PROTON juga menekankan bahawa tahap kualiti dan keselamatan produk mereka sentiasa menjadi keutamaan.

Di PROTON, kualiti dan keselamatan produk menjadi keutamaan dan kami ingin meyakinkan pengguna semua bahawa kenderaan model PROTON memenuhi piawaian tertinggi dengan setiap unit telah menjalani pemeriksaan kualiti serta keselamatan sebelum diberi kepada pelanggan kami.

PROTON.

Orang ramai juga dinasihati untuk tidak menyebarkan sebarang perkara tidak palsu berhubung kejadian ini.

PROTON bagaimanapun menutup ruangan komen di hantaran berkenaan.

Sumber: Facebook Proton Cars

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd