Now Reading
Proton Lancar Model S70 Baharu Dengan Harga Bermula RM73,800!

Proton Lancar Model S70 Baharu Dengan Harga Bermula RM73,800!

Proton S70 menandakan kembalinya jenama itu ke pasaran sedan segmen C berikutan pengenalan tiga model SUV serba baharu sejak tahun 2018 iaitu Proton X70, Proton X50 dan Proton X90.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada Selasa lalu (28 November), pengeluar kereta nasional PROTON telah melancarkan Proton S70 yang dinanti-nantikan iaitu sedan generasi baharu yang bergaya dan dinamik.

Acara yang memperkenalkan tambahan terbaharu kepada rangkaian produk syarikat telah dirasmikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Proton S70 menandakan kembalinya jenama itu ke pasaran sedan segmen C berikutan pengenalan tiga model SUV serba baharu sejak tahun 2018 iaitu Proton X70, Proton X50 dan Proton X90.

Foto: Proton S70

Ia juga menambah bilangan model yang dibangunkan bersama Geely kepada empat jenis. Pembangunan Proton S70 melibatkan proses menyeluruh menunjukkan komitmen PROTON terhadap inovasi dan kerjasama rapat bersama ekosistem automotif Malaysia dengan mendapatkan bekalan tempatan. 

Secara keseluruhan, sejumlah 260,000 jam telah diluangkan oleh jurutera R&D PROTON untuk mereka bentuk pembangunan Proton S70. Sama seperti mana-mana model baru, Proton S70 telah menjalani ujian yang ketat oleh jurutera PROTON bersama rakan sekerja dari Geely.

Ujian tersebut melibatkan uji pandu di jalan raya sejauh 1.2 juta kilometer. Proses ini turut menggambarkan dedikasi syarikat untuk memberikan kereta sedan yang dihasilkan dengan teliti kepada pembeli produk berkualiti. 


4 Varian Proton S70 Yang Boleh Didapati

Kalau anda nak tahu, Proton S70 boleh didapati dalam empat varian iatu Executive, Premium, Flagship, dan Flagship X.

Dua varian teratas dilengkapi dengan perintah suara, ‘Hi PROTON’ yang menyediakan ciri-ciri seperti navigasi dalam talian, penstriman muzik dalam talian, dan ramalan cuaca melalui unit hiburan bersaiz 12.3 inci.

Foto: Proton S70

Tambahan pula, aplikasi PROTON Link membolehkan enjin dihidupkan dari jauh untuk menyejukkan kabin. Setiap Proton S70 telah dikuasakan oleh enjin turbo 1.5L, yang memberikan kuasa sebanyak 150PS dan tork sebanyak 226Nm.

Bukan itu sahaja, enjin canggih yang juga digunakan dalam Proton X50 telah berjaya dipadankan dengan transmisi dwi-kopling 7-kelajuan untuk meningkatkan kecekapan, tindak balas, dan prestasi pemanduan keseluruhan.

Proton S70 bukan sekadar keupayaan enjin yang tinggi tetapi juga menawarkan penampilan ciri-ciri tersendiri seperti lampu hadapan LED dengan lampu nyalaan siang, rim aloi bergaya 17 inci, ‘sunroof’ dan bar lampu belakang.

Menitikberatkan keselesaan, Proton S70 dilengkapi dengan tempat duduk kulit sintetik dengan tempat duduk pemandu yang boleh diubah kuasa dan ventilasi udara belakang.

Foto: Proton S70

Keselamatan adalah keutamaan bagi Proton S70 di mana ia telah dianugerahkan penarafan keselamatan lima bintang oleh ASEAN NCAP.

Selain itu, Proton S70 mempunyai senarai ciri keselamatan komprehensif termasuk 6 beg udara SRS, rangkaian yang luas dari 13 ciri Sistem Bantuan Pemandu Advanced Level 2 (ADAS).

Ini merangkumi sistem keselamatan aktif dan kognitif dengan ciri-ciri penting seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Kawalan  Pelayaran Pintar (ICC), Maklumat Papan Tanda (TSI) serta Bantuan Kekal Laluan (LCA).

Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) memastikan ketenangan fikiran pemandu, dan kamera 360 dengan paparan 3D untuk keselesaan semasa parking.

Harga & Pakej Proton S70

Pembeli Proton S70 akan menerima pakej lengkap bermanfaat untuk pengalaman pemilikan yang dipertingkatkan.

Pakej Standard termasuk jaminan kilometer tanpa had selama lima tahun dan enam kali servis secara percuma.

Pelanggan yang memilih varian Flagship dan Flagship X juga akan menerima pakej data 1GB sebulan selama 5 tahun. 

Berikut adalah harga atas jalan (OTR) Proton S70 tanpa insuran:

Varian Semenanjung Malaysia Malaysia Timur
PROTON S70 1.5T Executive RM 73,800 RM 75,800
PROTON S70 1.5T Premium RM 79,800 RM 81,800
PROTON S70 1.5T Flagship RM 89,800 RM 91,800
PROTON S70 1.5T Flagship X RM 94,800 RM 96,800

Manakala ini adalah harga dan barangan Aksesori Ekslusif untuk Proton S70: 

Pakej Harga Barangan Aksesori
Pakej Utility RM 455 Karpet Coil, Plat Pengikis Pintu, Dulang Bagasi
Pakej Urban RM 1,020 Pelindung Pintu, Perakam Video Digital (DVR), Lampu  Lantai
Pakej Aerokit RM 3,130 Skirt Hadapan, Skirt Sisi, Skirt Belakang, Spoiler Belakang
Pakej Premium RM 2,660 Karpet Coil, Plat Pengikis Pintu, Dulang Bagasi, Pelindung  Pintu, Perakam Video Digital (DVR), Lampu Lantai, Proton  X-Watch

Selain dari itu, Proton Commerce menawarkan kadar faedah pembiayaan rendah bermula dari 2.34% setahun dan pelanggan akan menerima pelbagai kelebihan jika Proton S70 mereka menggunakan Program Insurans PROTON.

Kelebihan lain yang bakal ditawarkan adalah:

  • Pelepasan kos penambahbaikan sehingga 10 tahun.
  • Perlindungan nilai yang dipersetujui sehingga 12 tahun. 
  • Insuran menyeluruh untuk semua pemandu yang diluluskan. 
  • Perlindungan kunci kereta sehingga RM1,000.
  • Insuran bantuan banjir sehingga RM1,000.
  • Perlindungan kemalangan peribadi  sehingga RM15,000.
  • Bantuan kecemasan tepi jalan serta penundaan selama sehari. 
Foto: Proton S70

Untuk info, seramai 3,000 pelanggan pertama yang mendaftarkan kenderaan mereka bermula 29 Februari 2024 akan menikmati ganjaran tambahan.

Mereka yang memilih varian Flagship X akan menerima aerokit bernilai RM3,130  manakala pelanggan varian Premium dan Flagship layak untuk baucar perkhidmatan bernilai RM500.

Semua pembeli juga bakal menerima kelebihan dari tambahan Program Insurans PROTON yang terdiri daripada perlindungan khas terhadap risiko khas pada tahun pertama secara percuma. 

Pilihan warna untuk Proton S70 ditawarkan mengikut varian yang dipilih iaitu Snow White, Armour Silver, Space  Grey, Passion Red, Marine Blue, Quartz Black, dan penambahan terbaru Teal Bayou Green.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd