Now Reading
Difitnah Ceraikan Isteri Jika Kerajaan Perpaduan Kekal Hingga Bulan Ogos, Individu Sebenar Tampil Beri Penjelasan

Difitnah Ceraikan Isteri Jika Kerajaan Perpaduan Kekal Hingga Bulan Ogos, Individu Sebenar Tampil Beri Penjelasan

Lelaki bernama ‘Mansor Ali’ menjelaskan bahawa gambar dirinya bersama isteri digunakan tanpa keizinannya untuk mewujudkan fitnah berunsur politik itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak adanya teknologi canggih pada zaman ini, pelbagai perkara yang dianggap mustahil kini bertukar sebaliknya.

Sebagai contoh, wujud aplikasi yang membolehkan gambar individu sudah meninggal dunia ‘dihidupkan’ semula dengan mencipta gerakan pada reaksi wajahnya.

Namun kecanggihan tersebut juga boleh menimbulkan fitnah kepada seseorang apabila mereka boleh mengubah suai perkataan, gambar atau video menerusi aplikasi.

Artikel Berkaitan: Isu Fitnah Kutip Bunga Di Floria Putrajaya, Anak Buat Laporan Polis & Bakal Upah Peguam

Artikel Berkaitan: Fahmi Fadzil Terkilan Lepas Tahu Ramai Anak Kecil ‘Tercemar’ Dengan Fitnah Kepada Pakatan Harapan (PH)


Lelaki Nafi Mahu Lafaz Talak Kepada Isteri Jika Kerajaan Pimpinan Anwar Ibrahim Kekal Hingga Bulan Ogos

Terbaharu, tular sebuah hantaran tentang seorang individu dikatakan mahu melafazkan cerai kepada isterinya jika Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu bertahan sehingga bulan Ogos 2023.

Menerusi hantaran tersebut, seorang pengguna Facebook telah meminta lelaki berkenaan untuk berbaiah sebagai bukti kenyataan yang dikeluarkan.

Wallahi. Saya akan ceraikan bini saya dengan lafaz talak tiga jika PMX dan Kerajaan Perpaduan masih bertahan sampai bulan lapan 2023.

Lelaki didakwa berbaiah di laman Facebook.

Baiah yang dipercayai dibuat menggunakan nama ‘Mansor Ali’ didakwa merupakan lemparan fitnah serta dikatakan menggunakan gambarnya bersama isteri ketika ulang tahun perkahwinan ke-26 tanpa keizinannya.

Menyedari nama dan gambar miliknya telah difitnah, lelaki berkenaan tampil bersuara dengan memberi penjelasan bahawa hantaran itu disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab demi agenda politik.

Sumber: PRU-15 Kelab Penyokong PAS

Meskipun namanya telah diburukkan, individu terbabit akan memaafkan pihak yang menganiaya dirinya jika mereka membuat permohonan maaf menerusi ruangan komen.

Dengan nama Allah saya tak tulis pun dalam Facebook saya. Jadi, saya tak risau apa-apa pun. Selebihnya Allah SWT Maha Mengetahui. Saya maafkan anda di atas telahan buruk anda jika anda pohon maaf dalam komen ini. Jika anda Muslim percayalah himpunan Mahsyar tu ada. Cara saya di sana nanti.

Lelaki yang telah difitnah, Mansor Ali.

Hukum Memfitnah Seseorang Dalam Agama Islam

Fitnah membawa maksud kepada sesuatu tuduhan yang direka oleh sesetengah pihak untuk mewujudkan suasana porak-peranda dan perbuatan ini secara jelasnya adalah haram dalam agama Islam.

Pada hari ini, fitnah telah berleluasa dengan pelbagai cara sejak adanya platform media sosial yang membolehkan mana-mana pihak menyampaikan berita di hujung jari mereka sahaja.

Tidak dinafikan, perkembangan teknologi menjadikan fitnah semakin mudah tersebar.

Fitnah boleh berlaku dalam dua situasi seperti berikut:

  1. Mengada-adakan suatu berita tentang seseorang lalu menyebarkannya kepada orang lain dengan tujuan untuk memburuk-burukkan atau menjatuhkan maruah orang tersebut.
  2. Menerima berita tentang seseorang tanpa menyelidik kesahihannya sebelum menyebarkan kepada orang lain sama ada dengan niat untuk memburuk-burukkan atau tidak.

Balasan Bagi Individu Yang Menyebarkan Fitnah

Berdasarkan hadis Riwayat al-Bukhari, Rasulullah SAW pernah bersabda:

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ

Maksudnya: Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba). [Riwayat al-Bukhari (6056) dan Muslim (105)]


Allah SWT juga telah berfirman dalam Surah al-Nur berkaitan balasan bagi mereka yang menyebarkan fitnah:

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). (Surah al-Nur: 19)


Demikian juga hadis yang diriwayatkan oleh Samurah Bin Jundub R.A, bahawa Nabi SAW telah bersabda:

وَأَمَّا الرَّجُلُ الَّذِي أَتَيْتَ عَلَيْهِ يُشَرْشَرُ شِدْقُهُ إِلَى قَفَاهُ، وَمَنْخِرُهُ إِلَى قَفَاهُ، وَعَيْنُهُ إِلَى قَفَاهُ، فَإِنَّهُ الرَّجُلُ يَغْدُو مِنْ بَيْتِهِ فَيَكْذِبُ الْكَذْبَةَ تَبْلُغُ الآفَاقَ

Maksudnya: Berkata malaikat yang mengiringi Rasulullah S.A.W.); “Adapun orang yang diseksa dengan penyangkut besi yang menembusi pipi sehingga ke belakang lehernya dan disengkut lubang hidung sehingga menembusi belakang lehernya dan disengkut mata sehingga menembusi batang lehernya ialah kerana kerjanya sejak pagi menyebarkan pembohongan ke sehingga seluruh ufuk penjuru dunia. [Riwayat Ibn Hibban di dalam Sahihnya (655)]

Sumber: Facebook PRU-15 Kelab Penyokong PAS | Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd