Isu Fitnah Kutip Bunga Di Floria Putrajaya, Anak Buat Laporan Polis & Bakal Upah Peguam
Laporan polis telah dibuat semalam, 8 September dan disahkan sendiri oleh anak kepada wanita di dalam foto tular berkenaan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Beberapa hari ini, media sosial telah dibanjiri oleh isu pengguna Twitter yang telah memuat naik hantaran berbaur fitnah dan ia melibatkan seorang wanita yang kononnya telah ‘mengutip’ bunga di Floria Putrajaya tanpa kebenaran.
Lebih mengeruhkan keadaan apabila tweet tular itu akhirnya meraih perhatian anak kepada wanita di dalam foto tular dan tampil memperjelaskan isu berkenaan.
Siap disertakan resit sebagai bukti pembayaran bunga yang dibeli oleh ibunya.
this is the receipt you asked for pic.twitter.com/FzHcrMal2H
— Amir Ashraf (@amirashrafwz) September 8, 2022
BACA LANJUT: “Woi, Ni Mak Aku!” – Lelaki Tampil Nafi Fitnah Konon Ibunya Kutip Pokok Di Royal Floria Putrajaya
Ha, lain kali jangan sebar berita tak sahih!
Anak Buat Laporan Polis, Bakal Ambil Peguam
Tidak terhenti di situ sahaja, isu ini tidak dipandang enteng oleh lelaki berkenaan dan kini laporan polis telah pun dibuat olehnya semalam (8 September).
Perkara itu disahkan sendiri olehnya menerusi tweet terbaharu pada jam 9:31pm.
Sy dh buat police report berkenaan mak sy yg dituduh mencuri di Floria Putrajaya. I am able to proceed dengan peguam yg dicadangkan oleh pihak polis but would like a 2nd opinion or other lawyers that could help assist me in this case. tq
— Amir Ashraf (@amirashrafwz) September 8, 2022
Semoga pertelingkahan ini dapat diselesaikan dengan baik. Orang ramai juga disarankan untuk mengambil pengajaran daripada isu ini. Jangan sewenang-wenangnya menyebarkan sesuatu yang tidak sahih di media sosial.
Boleh jatuh fitnah.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.