Now Reading
Kerana Pemandu Buka Lagu ‘Best’, Penumpang Teksi Sedekah RM310 Sebagai ‘Tip’

Kerana Pemandu Buka Lagu ‘Best’, Penumpang Teksi Sedekah RM310 Sebagai ‘Tip’

Penumpang teksi di Singapura itu mahu membayar tambang teksi berharga S$9.60 (RM32.95) dengan memberi sekeping wang bernilai S$100 (RM343.19).

Penumpang Bagi Upah RM300 Kepada Pemandu Teksi Sebab Pasang Lagu 'Best' Dalam Kereta

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pernah tak anda dengar satu lagu, kemudian tiba-tiba teringat kenangan waktu zaman ‘cinta monyet’ atau ketika bergelar pelajar universiti dengan rakan-rakan?

Waktu memang tak dapat diputar balik, tetapi kadangkala muzik tertentu boleh membuatkan kita mengimbau kembali kenangan lama.

Cuba pasang lagu ‘Bunga Angkasa’ nyanyian Terrarossa, mesti ibu bapa anda akan teringat kenangan waktu zaman bercinta dulu.


Penumpang Teksi Bagi ‘Tip’ RM300 Kerana Pemandu Buka Lagu Mengimbau Kenangan Ketika Zaman Bercinta

Menerusi satu hantaran dimuat naik di laman Facebook (Ann Wong), lelaki ini yang berkerja sebagai pemandu teksi berkongsi pengalaman menariknya ketika membawa pelancong dari Indonesia di sekitar Singapura.

Ketika dalam perjalanan ke lokasi dituju, pemandu tersebut membuka beberapa lagu klasik Cina seperti:

  • My Choice nyanyian George Lam dan Sally Yeh
  • As Long As You’re Better Off nyanyian Kenny Bee
  • Cut My Heart nyanyian Jacky Cheung
  • Goodbye Kiss nyanyian Jacky Cheung

Lebih menghiburkan lagi, penumpang dan pemandu teksi itu juga bersama-sama menyanyikan beberapa lagu berkenaan dengan penuh gembira.

Setibanya di destinasi, pasangan bangsa Cina dari Indonesia itu mahu membayar tambang teksi berharga S$9.60 (RM32.95) dengan memberi sekeping wang bernilai S$100 (RM343.19).

Namun, pemandu teksi itu tidak mempunyai wang mencukupi untuk memulangkan baki.

Reaksi daripada penumpang teksi itu telah mengejutkan si pemandu kerana wanita berkenaan menjelaskan dia memang sengaja mahu membayar jumlah S$100 (RM343.19).

Ini kerana mereka sebagai penumpang terhibur mendengar lagu-lagu yang dipasang di dalam teksi. Katanya kesemua lagu itu mengingatkan mereka ketika zaman bercinta muda-mudi dahulu.

Pemandu teksi tersebut terharu dengan ‘tip’ yang diberikan dan mengucapkan terima kasih kepada pasangan tersebut.

Terharu dengan pemberian pasangan berkenaan, pemandu teksi itu kemudian berkongsi kisah itu di akaun Facebook miliknya.

BACA JUGA: Wanita Guna Servis Grab Minta Tolong Kejutkan Anak & Suami Di Rumah. Lain Macam!

BACA JUGA: [Video] Rider Foodpanda Ini Tawar ‘Servis’ Hantar Makanan & Kejut Pelanggan Terus Dalam Bilik


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd