Now Reading
Kenderaan Jenis Toyota Hilux Lesap Selepas Keluarga Ini ‘Check-In’ Di Sebuah Homestay Di Puchong

Kenderaan Jenis Toyota Hilux Lesap Selepas Keluarga Ini ‘Check-In’ Di Sebuah Homestay Di Puchong

Kejadian ini telah menimbulkan kebimbangan tentang keselamatan apartmen Airbnb dan keberkesanan langkah-langkah keselamatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Seorang wanita yang dikenali sebagai Lee, bersama keluarganya dilaporkan telah menyewa sebuah apartmen di Puchong melalui Airbnb.

Namun tidak sampai lima jam, sebuah kereta Toyota Hilux milik ipar lelakinya dicuri dari tempat letak kereta bawah tanah residensi itu.

Kejadian itu berlaku pada awal pagi 10 Julai, hanya beberapa jam selepas mereka mendaftar masuk (check-in). Lee menceritakan bahawa apartmen itu dikawal oleh pengawal keselamatan yang memerlukan kad kunci untuk masuk dan keluar.

Namun, pengawal keselamatan tersebut menyatakan bahawa mereka tidak mengetahui tentang kejadian berkenaan dan pihak pengurusan juga mengesahkan kamera CCTV di pintu masuk dan keluar tempat letak kereta serta tempat letak kereta tempat itu telah rosak.

Lee melaporkan kes itu kepada polis dan mengemukakan insiden tersebut dalam satu pos di Facebook untuk memberi amaran kepada orang ramai.

Beliau mempersoalkan bagaimana pencuri kereta itu dapat mencuri kereta dan keluar dari kawasan apartmen tanpa menggunakan kad kunci.

Kejadian ini telah menimbulkan kebimbangan tentang keselamatan apartmen Airbnb dan keberkesanan langkah-langkah keselamatan. Kes Lee ini mengingatkan orang lain agar lebih berwaspada dan berhati-hati apabila menyewa hartanah melalui Airbnb.


Toyota Hilux Merupakan Jenis Kenderaan Yang Sering/Kerap Dicuri Di Malaysia

Untuk rekod, Toyota Hilux merupakan salah satu kenderaan yang paling kerap dicuri di Malaysia.

Menurut laporan yang telah dikeluarkan pada tahun 2020, Hilux adalah model bukan nasional yang paling banyak dicuri, dengan 209 unit dilaporkan dicuri.

Pengguna internet telah membincangkan keperluan untuk mencari alternatif lain disebabkan jumlah pencurian dan rampasan kereta yang melibatkan kenderaan ini semakin meningkat.

Netizen memaklumkan bahawa pencuri mudah membuka kunci dan memulakan enjin, menjadikan Hilux ini sasaran paling popular.

Malah, terdapat juga kes-kes di mana trak Toyota Hilux dicuri di Malaysia dan diseludup ke Thailand untuk dijual semula. Ini disebabkan oleh permintaan yang tinggi untuk Hilux di Thailand, di mana ia juga kenderaan popular.

Penjenayah telah mengambil kesempatan dari kawalan sempadan yang longgar antara dua negara ini untuk mengangkut kenderaan yang dicuri melintasi sempadan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd