Now Reading
2 Kadet Malaysia Diterima Masuk Ke Dalam Akademi Tentera Udara & Tentera AS. Tahniah!

2 Kadet Malaysia Diterima Masuk Ke Dalam Akademi Tentera Udara & Tentera AS. Tahniah!

Kadet Ummi akan menyertai Akademi Tentera Udara AS (USAFA) di Colorado manakala Kadet Faidh akan menyertai Akademi Tentera AS di West Point, New York.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Dua orang kadet Malaysia telah diterima masuk untuk melanjutkan pelajaran mereka di akademi tentera berprestij bertempat di Amerika Syarikat (AS).

Kedutaan AS di Kuala Lumpur menganjurkan majlis pelepasan (send-off) pada 8 Jun untuk Kadet Ummi Annur Syahmina dan Muhammad Faidh Izzuddin sebagai pengiktirafan dan menyambut kemasukan mereka ke akademi perkhidmatan AS.

Kedua-dua orang kadet ini baru sahaja menamatkan pengajian dalam program asasi di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Sumber: US Embassy KL/Flickr

Ummi Annur dari Port Dickson, Negeri Sembilan akan menyertai Akademi Tentera Udara AS (USAFA) di Colorado manakala Muhammad Faidh dari Kuala Lumpur akan menyertai Akademi Tentera AS di West Point, New York.

Mereka berdua dipilih selepas proses pemilihan agak ketat yang menilai potensi kepimpinan, kecergasan fizikal dan pencapaian akademik mereka.

Kadet Ummi merupakan wanita Malaysia ketiga yang diterima masuk ke akademi perkhidmatan AS selepas Sub Leftenan Janushaa Bala Krishnan Muthiah, alumni Akademi Tentera Laut AS 2022 dan Kadet Grace Sian Ern Hui yang baru sahaja menamatkan pengajian dari Akademi Tentera Udara AS.

Kedua-dua orang kadet ini mewakili masa depan, kemakmuran dan keselamatan kita bersama. Saya yakin Ummi dan Faidh mampu untuk menjadi pemimpin untuk pemuda yang lain.

Duta Besar AS ke Malaysia, Brian D. McFeeters.
Kadet Muhammad Faidh Izzuddin dan Ummi Anuur Syahmina. (Sumber: Kedutaan AS KL/Flick)

Kadet Ummi Annur Syahmina binti Sohaini

Kadet Ummi adalah antara yang pertama dalam keluarganya berkhidmat dalam bidang ketenteraan dan bercita-cita untuk menjadi juruterbang pejuang di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menurutnya, pengalaman sebagai kadet wanita telah memberi inspirasi kepadanya untuk mentakrifkan ‘pemimpin’ sebagai seseorang yang berazam, bekerja keras, dan saling menghormati perbezaan individu.

Dia berbangga kerana wanita pada zaman kini semakin hari semakin banyak mencipta sejarah dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ummi juga telah berjaya menamatkan pengajian Asasi dalam Teknologi Kejuruteraan sebelum menyambut pengajian dalam bidang Penyelidikan Operasi dan Sains Data di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dengan CGPA keseluruhan 3.7.

Selain itu, dia juga fasih berbahasa Jerman dan lulus ujian bahasa antarabangsa Jerman pada tahun 2021.

Bukan itu sahaja, Ummi juga seorang yang gemar bersukan dan dan merupakan kapten Skuad Obor Ragbi serta pasukan kriket dan berharap dapat terus menyambung minatnya di Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat.


Kadet Muhammad Faidh Izzuddin bin Mat Sahari

Kadet Faidh dibesarkan dengan mendengar cerita bapanya tentang tentera dan mempunyai pengalaman menghadiri program di kediaman di Pangkalan Tentera Udara Keesler, Mississippi.

Dia memilih untuk melanjutkan pelajarannya di West Point kerana kepimpinan dan perspektif Angkatan Tentera AS mengagumkannya sejak kecil.

Selepas menamatkan pengajian di sekolah menengah, beliau telah dianugerahkan ‘Gold Award’ kerana mendapat keputusan ‘straight A’ bagi kesemua subjek dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Faidh juga fasih berbahasa Perancis dan lulus peperiksaan DELF Perancis dengan CGPA keseluruhan 3.2.

Minatnya dalam bidang inovasi telah membolehkannya memenangi beberapa anugerah dalam pertandingan inovasi dengan membina beberapa jenis kereta pacuan empat roda 4×4 yang diubah suai dan bahan pembersih yang diperbuat daripada kulit pisang.

Dia juga seorang ahli sukan, bermain bola sepak, hoki, dan trek dan padang.

Faidh telah menamatkan pengajian Asasi dalam bidang Perubatan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dengan CGPA keseluruhan 3.19.


Hubungan Ketenteraan Antara AS dan Malaysia Pada Zaman Dahulu

Misi akademi perkhidmatan AS diwujudkan untuk menyediakan semua kadet dengan pengetahuan dan karakter penting dalam bidang kepimpinan dan motivasi kepada mereka untuk menjadi pegawai tentera kerjaya.

Pada tahun ini, sebanyak 89 buah negara telah dijemput untuk menyenaraikan calon mereka dan hanya 15 calon sahaja yang diterima di setiap akademi perkhidmatan.

Sejak tahun 1971, seramai 39 orang rakyat Malaysia telah lulus dari akademi perkhidmatan AS. Baru-baru ini, Kadet Grace Sian dan Midshipman Muhammad Aniq Hilman bin Haslimi masing-masing menamatkan pengajian dari Akademi Tentera Laut AS dan Akademi Tentera Udara AS.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd