Now Reading
Bekas Pekerja Subway Bongkar Rahsia Untuk Order Sandwich Agar Lebih Sedap

Bekas Pekerja Subway Bongkar Rahsia Untuk Order Sandwich Agar Lebih Sedap

Menurut bekas pekerja Subway ini, sos ketchup adalah sos paling tak sedap jadi jangan sesekali letak sos ketchup dalam wrap ataupun sandwich korang.

tips order subway

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Sandwich Subway selalunya akan menjadi hidangan ‘to-go’ seseorang yang sering sibuk dengan kerja dan tugas seharian. Kalau nak makanan yang cepat dan mengenyangkan perut, Subway je lah.

Tapi tahukah anda, ada beberapa tips yang perlu diketahui sebelum memesan menu Subway. Bukan apa, untuk membuatkan sandwich korang lebih ‘ummmph’ bila dimakan.

Sumber: The Daily Dot.

Seorang bekas pekerja Subway iaitu @hajaarudin menerusi akaun Twitter miliknya telah berkongsi tips untuk memastikan sandwich lebih sedap. Contohnya seperti:

  • Kalau nak pilih roti yang sedap, pilih Hearty Italian dan minta triple toast sebab tak akan lemau dan akan sentiasa crunchy walaupun dah bercampur dengan sos.
  • Campuran sos paling sedap adalah: Thousand Islands (extra), Sweet Onion, Mayonnaise, Olive Oil, Chili, Chipotle Southwest, dan BBQ. Kombinasi kesemua sos ini sesuai untuk setiap jenis menu termasuklah salad dan wrap.
  • Kalau suka sayur, minta lebih sebab tiada caj lebih.

Bukan itu sahaja, tak semua orang tahu yang Subway sebenarnya ada Sup Cendawan. Kalau pesan wrap, boleh cuba makan dengan sup cendawan.

Menurut bekas pekerja Subway ini, sos ketchup adalah sos paling tak sedap jadi jangan sesekali letak sos ketchup dalam wrap ataupun sandwich korang.

Nota: Untuk roti yang nak triple toast, hanya roti jenis Hearty Italian sahaja boleh boleh untuk double dan triple toast ya. Roti lain seperti Parmesan Oregano, Honey Oat, ataupun Wheat tak sesuai untuk double toast sebab nanti akan terlalu lembik.

Oh! Kalau korang nak mencuba menu lain pula boleh tengok perkongsian seorang lagi bekas bekerja Subway di bawah:

Selamat mencuba! 🙂

BACA JUGA: Subway ‘Upgrade’ Menu Italian B.M.T. Kali Ini Lebih Padu! [Review]

BACA JUGA: Subway Lancar Menu Baru, Tri-Pepper Chicken & Choc Chip Mint Cookie!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd