Now Reading
Individu Terkedu Diminta Bayar Semula Kopi Berharga RM22 Lepas ‘Reject’ Tawaran Kerja

Individu Terkedu Diminta Bayar Semula Kopi Berharga RM22 Lepas ‘Reject’ Tawaran Kerja

Pada mulanya, penemuduga syarikat tersebut menjalankan sesi ‘interview’ di sebuah kedai kopi dan membayar bil yang telah dipesan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Zaman sekarang ini, platform untuk mencari kerja sudah banyak disediakan atas talian. LinkedIn, JobStreet, dan sebagainya. Bukan sahaja mencari kerja, anda juga boleh berkongsikan tentang perkembangan karier anda menerusi platform tertentu.

Mana tahu dapat menawan hati ‘recruiter’ yang sedang memburu.

Dan kadang-kala, mereka akan meminta untuk berjumpa dengan calon secara kasual di kedai kopi dan berborak lebih lanjut tentang pekerjaan yang ditawarkan, pakej, dan sebagainya.


Sesi ‘Interview’ Bertukar Tragedi Pelik

Sumber: LiveCareer

Kedengaran aneh, tapi itulah yang berlaku kepada seorang individu yang sedang mencari kerja di Singapura apabila dia diminta untuk membayar balik bahagian kopinya setelah menolak jawatan di sebuah syarikat pemasaran.

Pada mulanya, penemuduga syarikat tersebut menjalankan sesi ‘interview’ di sebuah kedai kopi dan membayar bil yang telah dipesan.

Harga kopi tersebut adalah S$6.50 (RM21.95).

Menurut laporan Mothership, individu itu telah dihubungi oleh syarikat berkenaan menerusi aplikasi LinkedIn dan diberitahu tentang beberapa butiran mengenai pekerjaan yang ditawarkan.

Mereka telah berbual melalui telefon dan menjadualkan pertemuan S dengan majikan lain, C, untuk sesi temu duga secara bersemuka. Maka kedua-dua mereka telah merancang untuk bertemu di pejabat C.

Selepas bertemu di pejabat pada tarikh yang ditetapkan, C memutuskan untuk membawa S ke salah satu kedai kopi berdekatan.

Setelah masuk ke kedai tersebut, C bertanya kepada S sama ada dia lebih suka kopi atau teh, dan S menjawab dia tidak kisah. Kemudian, C bertanya kepada S jenis kopi yang disukai – sejuk atau panas, black atau white?

Dia meminta S untuk duduk dan pergi membuat pesanan untuk mereka berdua. Selepas temu duga, C tinggal di kedai kopi kerana masih ada kerja yang perlu diselesaikan.

Soal pembayaran kopi tidak pernah dibahaskan, kata S.


Beberapa Hari Selepas Sesi Interview, S Diminta Untuk Membayar Balik Kopi Yang ‘Dibelanja’

C menghubungi S beberapa hari selepas temu duga. S memberitahu Mothership bahawa C cuba meyakinkannya untuk mencuba pekerjaan tersebut selama dua minggu.

Namun, S akhirnya memutuskan untuk menolak tawaran pekerjaan tersebut kerana dia menginginkan sesuatu yang lebih stabil.

S memberitahu bahawa tugas yang syarikat ditawarkan tidak mempunyai gaji asas dan hanya bergantung kepada komisen.

Setelah S menolak tawaran pekerjaan tersebut, C mengucapkan ‘All the best’ dan meminta S untuk membayar bahagiannya dalam pembelian kopi sebelum ini.

Sumber: Mothership.sg

Laporan Dibuat Kepada Supervisor Syarikat

Pada malam yang sama, S memutuskan untuk menghubungi Supervisor C iaitu JJ.

Setelah saya memberitahunya tentang kelakuan beliau, saya menerima bayaran sebanyak S$6.50 melalui PayLah!

S

JJ kemudiannya menghubungi S untuk meminta maaf atas tingkah laku C dan mengesahkan bahawa ini bukanlah prinsip yang dipegang oleh syarikat mereka.

S memberitahu Mothership bahawa pengurus syarikat tersebut menghubunginya pada hari Khamis (18 Mei) petang untuk meminta maaf atas tindakan C dan beliau mengatakan bahawa dia “benar-benar minta maaf”.

BACA JUGA: Ini Tips Berguna Untuk Anda Yang ‘Last Minute’ Nak Pergi Temuduga Kerja

BACA JUGA: Lelaki Ini Kongsi Jawapan Untuk ‘Tackle’ Majikan Ketika Temuduga Kerja


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd