Now Reading
Tular Isu Selar Khairul Aming Guna Minyak Banyak, Dr Rafidah Tampil Mohon Maaf

Tular Isu Selar Khairul Aming Guna Minyak Banyak, Dr Rafidah Tampil Mohon Maaf

Tidak ingin memanjangkan kes, Dr Rafidah bertindak memohon maaf apabila dikatakan telah menuduh Khairul Aming sebagai punca kemerosotan masalah kesihatan masyarakat tempatan di negara ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, baru-baru ini telah munculnya isu di mana video resepi masakan oleh cef selebriti, Khairul Aming ‘diselar’ oleh seorang doktor kesihatan iaitu Dr Rafidah Abdullah menerusi laman Twitter miliknya (@rafidah72).

Menurut Dr Rafidah, dia berharap agar Khairul Aming dapat memberikan resepi masakan yang lebih berkhasiat buat rakyat Malaysia kerana mendakwa cara masakan Sambal Hijau Bilis itu terlampau berminyak.

Beliau dalam masa yang sama turut menasihati Khairul Aming untuk peka dengan masalah kesihatan masyarakat kerana bimbang sekiranya ia bertambah teruk di kemudian hari.

Isu berkenaan membuatkan Khairul Aming tidak melepaskan peluang ini untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik apa yang dilakukannya itu.

Nak buat sambal, ada caranya.

Oleh yang demikian, Khairul Aming menerusi video ringkas menjelaskan bahawa dia menerima segala nasihat dan maklum balas yang diterima dengan hati terbuka.

Dia bagaimanapun memaklumkan bahawa isu yang tular ini dilihat dari dua persepektif iaitu dari sudut sebagai seorang rakyat Malaysia yang ingin menurunkan berat badan serta ‘content creator’.

BACA PENUH: [Video] Diselar Guna Minyak Banyak Untuk Resepi Sambal, Khairul Aming Tampil Beri Respon Padu


Dr Rafidah Tampil Mohon Maaf

Oleh kerana teguran yang dikeluarkan telah disalaherti oleh segelintir warganet, Dr Rafidah dilihat menerima kecaman hebat daripada beberapa pihak yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka tentang isu yang diketengahkan olehnya.

Tidak ingin memanjangkan kes, Dr Rafidah bertindak memohon maaf apabila dikatakan telah menuduh Khairul Aming sebagai punca kemerosotan masalah kesihatan masyarakat tempatan di negara ini.

Saya mohon maaf kerana saya nampak ramai yg salah anggap yg sy menuduh En Khairul Aming merosakkan kesihatan rakyat Malaysia. Dua ayat terakhir saya sepatutnya di para yg lain. Walaubagaimanapun, harapan saya video2 atau content2 mana2 influencer ada tertera kandungan kalori.

Dr Rafidah menerusi ciapan di Twitter miliknya.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan bahawa tidak menuduh sesiapa pun. Malah tambahnya lagi, kesihatan setiap individu adalah tanggungjawab masing-masing.

Tapi saya perlu memberi pendapat professional saya tentang apa yang saya lihat. Alhamdulillah sekarang ramai dah sedar sambal sangat banyak kalori. Nak makan, makan secubit dua sudah memadai. Terima kasih.

Dr Rafidah menerusi ciapan di Twitter miliknya.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd