Now Reading
Surat Yang Ditulis Pada Februari 1916 ‘Muncul’ Di Sebuah Flat Di London 100 Tahun Kemudian

Surat Yang Ditulis Pada Februari 1916 ‘Muncul’ Di Sebuah Flat Di London 100 Tahun Kemudian

Surat itu dihantar dua tahun sebelum catuan Perang Dunia Pertama diperkenalkan dan Raja George V telah menaiki takhta selama lima tahun.

surat 100 tahun

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pelik, tapi benar.

Begitulah ungkapan pertama yang terkeluar dari bibir seseorang apabila sepucuk surat yang telah ditulis pada Februari 1916 secara tiba-tiba ‘muncul’ kembali di sebuah flat di Selatan London, lebih 100 tahun kemudian.

Sampul surat berkenaan yang mempunyai cap pos Bath dan setem 1d (1p) yang mengandungi kepala George V, tiba di flat Finlay Glen di Hamlet Road, Crystal Palace, pada tahun 2021.

Surat berkenaan ditujukan kepada Katie Marsh, isteri seorang pembesar setem.
(Sumber: BBC/Finlay Glen)

Finlay berkata, “Saya terkejut dan tertanya-tanya bagaimana ia boleh bertahan selama lebih daripada 100 tahun.”

Menurut laporan BBC, Royal Mail menjelaskan masih tidak pasti apa yang berlaku dalam keadaan ini.

Surat itu dihantar dua tahun sebelum catuan Perang Dunia Pertama diperkenalkan dan Raja George V telah menaiki takhta selama lima tahun.

Walaupun ia boleh menjadi satu jenayah untuk membuka mel/surat yang tidak ditujukan kepada anda di bawah Akta Perkhidmatan Pos 2000, Finlay Glen yang juga seorang Pengarah Teater berkata dia merasakan surat itu wajar untuk dibuka sebaik sahaja menyedari ia dari tahun 1916, dan bukannya 2016.

Jejaka berusia 27 tahun itu menambah, “Jika saya telah melakukan jenayah, saya hanya boleh meminta maaf.”


Intipati Surat 100 Tahun

Surat itu ditulis kepada “my dear Katie”, isteri kepada pembesar setem tempatan Oswald Marsh, menurut Stephen Oxford selaku penyunting Norwood Review.

Oswald Marsh ialah peniaga setem yang dipandang tinggi dan sering dipanggil sebagai saksi pakar dalam kes penipuan setem.

Ia telah ditulis oleh rakan keluarga Christabel Mennell, anak perempuan seorang peniaga teh tempatan yang kaya Henry Tuke Mennell, semasa bercuti di Bath.

Dalam surat itu, Mennell menyatakan dia berasa “agak malu dengan diri sendiri selepas memberitahu apa yang telah dilakukan”, dan dia turut berasa “sedih diikuti dengan selsema yang sangat teruk”.

Sumber: BBC/Finlay Glen

Oxford dalam masa yang sama berkata, “Ia sangat luar biasa dan sebenarnya agak mengujakan dari segi memberi kami petunjuk ke dalam sejarah tempatan dan orang yang tinggal di Norwood, yang merupakan tempat begitu popular untuk golongan ‘upper middle-class’ pada akhir tahun 1800-an.

Crystal Palace menerima kemasukan banyak golongan kaya dan untuk mendapat tahu tentang seseorang yang berpindah ke kawasan itu di atas sebab berkenaan adalah sangat menarik.

Encik Oxford menerusi BBC.

Apabila disoal tentang apa yang akan dilakukannya jika saudara-mara pengirim atau penerima boleh dihubungi, Glen menjawab, “Ia adalah satu bahagian yang menakjubkan dalam sejarah keluarga mereka yang telah muncul, jadi jika mereka mahu, mereka boleh datang.”

Finlay Glen telah menyimpan surat berkenaan di dalam almari miliknya selama dua tahun.
(Sumber: BBC/Finlay Glen)

Jurucakap Royal Mail turut berkata bahawa insiden seperti ini berlaku sekali-sekala, dan pihak mereka juga tidak pasti apa yang berlaku dalam hal ini.

Kami menghargai orang ramai akan tertarik dengan sejarah surat ini dari 1916, tetapi kami tidak mempunyai maklumat lanjut tentang apa yang mungkin berlaku.

Jurucakap Royal Mail menerusi BBC.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd