Now Reading
KPM Sahkan Pelanggaran SOP Ketika Proses Guru Besar Ambil Wang Bantuan Dari Bank

KPM Sahkan Pelanggaran SOP Ketika Proses Guru Besar Ambil Wang Bantuan Dari Bank

Pihak polis sebelum ini memaklumkan bahawa guru besar berusia 50 tahun itu menggunakan alasan sudah biasa mengambil wang bantuan awal persekolahan tanpa diiring oleh polis pengiring.

wang bantuan hilang

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, pada awal minggu ini media sosial telah dibanjiri dengan orang ramai membahaskan tentang satu kes melibatkan seorang guru besar sekolah yang telah kehilangan Bantuan Awal Persekolahan bernilai RM109,000 yang diperuntukkan untuk sekolahnya di Beranang, Selangor.

Wang berkenaan dipercayai disamun setelah dikeluarkan dari sebuah bank di Kampung Baru Semenyih dan sepatutnya mula diagihkan kepada para pelajarnya hari ini (17 Januari).

BACA SINI: Pengetua ‘Putih Mata’, Penyamun Pecah Cermin Kereta & Bawa Lari Bantuan Awal Persekolahan RM109,000

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan telah memaklumkan bahawa guru besar berusia 50 tahun itu menggunakan alasan sudah biasa mengambil wang bantuan awal persekolahan tanpa diiring oleh polis pengiring.

Malah, pihak mereka juga tiada menerima apa-apa permohonan pengiring daripada guru tersebut untuk tujuan pengeluaran wang itu semalam.

Menerusi keterangan yang diberikan oleh guru tersebut, dia sudah berpengalaman mengendalikan situasi itu selama 10 tahun.

BACA SINI: Wang Bantuan Persekolahan Hilang: Guru Besar Dakwa Sudah 10 Tahun Ambil Duit Tanpa Diiring Polis

Pihak polis bagaimanapun sudah merakam keterangan beberapa individu termasuk guru besar terbabit selain akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan.


KPM Perjelas Berlaku Pelanggaran SOP Proses Pengambilan Wang Tunai Dari Bank

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesahkan bahawa berlakunya pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) proses pengambilan wang tunai dari bank yang dilakukan oleh seorang guru besar yang menjadi mangsa samun di Pekan Semenyih pada 16 Januari lalu.

Menurut laporan, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menjelaskan pelanggaran itu membabitkan ketiadaan pengiring bersama guru berkenaan sama ada dalam kalangan guru lain atau polis sewaktu mengeluarkan wang tunai berjumlah RM109,000 yang diperuntukkan bagi bantuan awal persekolahan.

SOP kewangan telah dilanggar sedangkan kita ada SOP yang cukup ketat iaitu jika membawa wang lebih dari RM10,000 mestilah ada pengiring, inikan pula satu jumlah yang cukup besar (RM109,000 yang hilang).

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Fadhlina dalam masa yang sama memaklumkan pihak mereka tidak akan berkompromi dengan isu yang dianggap serius ini. Walau bagaimanapun, pihak KPM juga sedang menunggu laporan penuh siasatan daripada pihak polis dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor untuk menentukan tindakan selanjutnya.

Kita kena tunggu laporan daripada JPN Selangor secara keseluruhannya, saya tak boleh nak simpulkan selagi tak dapat laporan penuh JPN serta polis.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

KPM Beri Jaminan Untuk Pastikan Pelajar Menerima Hak Mereka (Wang Bantuan)

Mengulas lanjut, ketika disoal mengenai sama ada pelajar yang sepatutnya menerima wang bantuan akan kekal memperolehnya apabila wang peruntukan yang hilang itu diganti semula oleh KPM, Fadhlina sekadar memberi jaminan bahawa hak mesti dikembalikan kepada yang berhak.

Kita jamin akan pastikan mereka (penerima bantuan) dapat hak mereka. Kita akan lihat apa prosesnya sebab untuk SOP kewangan ini kalau hilang sebab cuai dan sebagainya akan ada proses dia (yang tertentu). Untuk tindakan terhadap guru besar itu, kita serah kepada JPN dan polis sebagai jaminan bahawa kes ini sedang disiasat dengan teliti.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd