Now Reading
Wang Bantuan Persekolahan Hilang: Guru Besar Dakwa Sudah 10 Tahun Ambil Duit Tanpa Diiring Polis

Wang Bantuan Persekolahan Hilang: Guru Besar Dakwa Sudah 10 Tahun Ambil Duit Tanpa Diiring Polis

Pihak polis juga memaklumkan bahawa pihak mereka tiada menerima apa-apa permohonan pengiring daripada guru tersebut untuk tujuan pengeluaran wang itu semalam, 16 Januari 2023.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, baru-baru ini telah tular satu kes melibatkan seorang guru besar sekolah yang telah kehilangan Bantuan Awal Persekolahan bernilai RM109,000 yang diperuntukkan untuk sekolahnya di Beranang, Selangor.

Wang tersebut dilaporkan telah dilarikan oleh penyamun setelah ianya dikeluarkan dari sebuah bank di Kampung Baru Semenyih dan sepatutnya mula diagihkan kepada para pelajarnya hari ini (17 Januari).

Difahamkan, guru besar berkenaan meletakkan wang yang dikeluarkan di bawah kerusi penumpang hadapan di dalam keretanya sebelum keluar semula untuk membeli minuman di sebuah kedai bersebelahan bank.

Selesai membeli minuman, guru tersebut kembali semula ke keretanya yang hanya berjarak 30 meter dari bank dan terkejut selepas melihat cermin tingkap keretanya dipecahkan serta wang yang baru dikeluarkan juga lesap.

BACA SINI: Pengetua ‘Putih Mata’, Penyamun Pecah Cermin Kereta & Bawa Lari Bantuan Awal Persekolahan RM109,000


Guru Besar Dakwa Sudah 10 Tahun Ambil Duit Tanpa Diiringi Oleh Polis

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan hari ini telah memaklumkan bahawa guru besar berusia 50 tahun itu menggunakan alasan sudah biasa mengambil wang bantuan awal persekolahan tanpa diiring oleh polis pengiring.

Malah, pihak polis juga tiada menerima apa-apa permohonan pengiring daripada guru tersebut untuk tujuan pengeluaran wang itu semalam.

Menerusi keterangan yang diberikan oleh guru tersebut, dia sudah berpengalaman mengendalikan situasi itu selama 10 tahun.

Berdasarkan keterangan guru besar berkenaan, dia tidak buat permohonan pengiring polis untuk transaksi pengeluaran wang berkenaan kerana sudah berpengalaman 10 tahun dalam mengendalikan situasi itu. Menurutnya, sepanjang tempoh 10 tahun berkenaan, tidak pernah berlaku perkara sedemikian. Perkara ini menyebabkan saya merasa ralat kerana pihak sekolah boleh meminta bantuan polis untuk mengiringi mereka selepas membuat pengeluaran wang di bank.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan.

Pihak Polis Ambil Keterangan Beberapa Individu, Selain Teliti Rakaman CCTV Lokasi Kejadian

Mengulas lanjut, pihak polis sudah merakam keterangan beberapa individu termasuk guru besar terbabit selain akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan.

Kita melakukan siasatan secara menyeluruh dari pelbagai sudut termasuk bagi mengenal pasti sekiranya ada unsur-unsur kecuaian atau pembabitan ‘orang dalam’. Pada masa sama, kita juga akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi mengenal pasti individu yang keluar dan masuk dari bank berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta untuk segera menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Ahmad Rahmat Adnan di talian 014-5156933 atau melaporkannya di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd