Now Reading
Guru Besar ‘Putih Mata’, Penyamun Pecah Cermin Kereta & Bawa Lari Bantuan Awal Persekolahan RM109,000

Guru Besar ‘Putih Mata’, Penyamun Pecah Cermin Kereta & Bawa Lari Bantuan Awal Persekolahan RM109,000

Guru besar sekolah berusia 50 tahun dikatakan berseorangan ketika dia mengeluarkan wang tunai Bantuan Awal Persekolahan berjumlah RM109,000 itu dari sebuah bank di Kampung Baru Semenyih.

Wang Bantuan Awal Persekolahan RM109,000 Disamun Penjenayah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kes jenayah semakin hari semakin membimbangkan kerana sudah ramai penjenayah yang sudah berani melakukan kegiatan tersebut meskipun berada di tempat awam.

BACA JUGA: Kes Bungkusan Meletup Di Pandan Indah, Polis Berkas Suami Isteri Disyaki Terlibat

Baru-baru ini, seorang guru besar sekolah terlibat dalam satu kes di mana wang Bantuan Awal Persekolahan bernilai RM109,000 yang diperuntukkan untuk sekolahnya di Beranang, Selangor telah dilarikan oleh penyamun.

Memetik laporan Harian Metro, wang berkenaan telah dikeluarkan dari sebuah bank di Kampung Baru Semenyih dan sepatutnya mula diagihkan kepada para pelajarnya hari ini (17 Januari).

Namun Bantuan Awal Persekolahan itu tidak dapat diberikan selepas cermin keretanya dipecahkan oleh penjenayah sebelum mereka melarikan juga wang berkenaan.

Difahamkan, guru besar itu meletakkan wang yang dikeluarkan tersebut di bawah kerusi penumpang hadapan di dalam keretanya sebelum keluar semula untuk membeli minuman di sebuah kedai bersebelahan bank.

Selesai membeli minuman, guru tersebut kembali semula ke keretanya yang hanya berjarak 30 meter dari bank dan terkejut selepas melihat cermin tingkap keretanya dipecahkan serta wang yang baru dikeluarkan juga sudah lesap.

Wang Bantuan Awal Persekolahan RM109,000 Disamun Penjenayah
Gambar sekadar hiasan.

Pihak Polis Mula Siasat Dalang Di Sebalik Kes Kecurian Wang Bantuan Awal Persekolahan

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan memaklumkan pihak mereka menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 12:17 tengah hari semalam (16 Januari).

Guru besar sekolah berusia 50 tahun dikatakan berseorangan ketika dia mengeluarkan wang tunai Bantuan Awal Persekolahan berjumlah RM109,000 itu dari sebuah bank di kawasan pekan Semenyih.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan

Mohd Zaid berkata pihak mereka sedang giat menjalankan siasatan berhubung kes itu mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan bagi mengesan suspek yang terlibat dalam kes kecurian wang Bantuan Awal Persekolahan itu.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta untuk segera menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Ahmad Rahmat Adnan di talian 014-5156933 atau melaporkannya di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd