Now Reading
Ibu Reda Bayi ‘Pergi’ Dalam Bas Sebelum Tiba Di Hospital Untuk Terima Rawatan

Ibu Reda Bayi ‘Pergi’ Dalam Bas Sebelum Tiba Di Hospital Untuk Terima Rawatan

Bayi berusia 9 bulan itu meninggal dunia di dalam bas ekspres ketika dalam perjalanan dari Pekan Julau ke sebuah hospital di Kuching.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap pasangan suami isteri pastinya akan mengimpikan cahaya mata bagi melengkapi kehidupan mereka berkeluarga.

Namun, ajal dan maut itu ketentuan Tuhan kerana ada segelintir ibu bapa yang diuji dengan pemergian bayi mereka yang baru sahaja lahir.

Bayi Meninggal Dunia Dalam Bas Ekspres Ketika Dalam Perjalanan Ke Hospital

Satu kejadian sedih telah menimpa seorang ibu baru-baru ini selepas bayinya berusia sembilan bulan telah menghembuskan nafas terakhir di dalam bas ekspres.

Difahamkan, wanita tersebut ingin membawa anaknya ke hospital bagi mendapatkan rawatan dari Pekan Julau ke Kuching.

Kejadian yang berlaku pada Isnin lalu (5 Disember) itu terjadi apabila bayi berkenaan secara tiba-tiba tidak bernafas ketika bas tersebut sedang berhenti di Jelukong Rest Stop.

Berdasarkan carian di Internet, jarak Pekan Julau ke Kuching adalah kira-kira 395 kilometer dan mengambil masa hampir enam jam untuk tiba. Pekan Julau juga difahamkan tidak mempunyai hospital.

Kisah yang menyayat hati ini turut dikongsikan oleh pengguna Facebook (Jessa Bandang) apabila dia dilihat memuat naik video ibu tersebut dengan reda memegang erat dan mengucup dahi bayinya yang telah ‘pergi’.

Ramai Sebak Tengok Ibu Tetap Kuat Dan Tenang

Di ruangan komen video tersebut, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa sebak apabila melihat keadaan wanita tersebut yang terpaksa reda dengan pemergian bayinya yang masih kecil.

Malah reaksinya wajah si ibu yang kekal tenang memegang erat bayinya itu juga mendapat perhatian ramai kerana bukan semua orang mampu menjadi sepertinya.

Pada masa sama, mereka turut menzahirkan ucapan takziah kepada ibu berkenaan dan berharap dia diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan tersebut.

BACA JUGA: Muka Pucat & Biru, Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Selepas Sebulan Dijaga Pengasuh

BACA JUGA: Bayi 4 Bulan Maut Di Rumah Pengasuh Lepas Kain Lampin Tertutup Muka


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd