Now Reading
Lelaki Ancam Bunuh Agong Menerusi Instagram Ditahan Polis

Lelaki Ancam Bunuh Agong Menerusi Instagram Ditahan Polis

Suspek menggunakan akaun Instagram untuk memuatnaik kandungan itu bersama foto Baginda dengan kapsyen yang berunsur ancaman.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Seperti yang kita lihat, media sosial pada ketika ini sedang dibanjiri dengan ketidakpuasan hati yang disuarakan oleh rakyat Malaysia tentang pembentukan kerajaan yang masih menjadi tanda tanya.

Meskipun PRU15 sudah berakhir pada 19 November lalu, sehingga kini masih belum ada bayangan tentang siapakah gerangan individu yang bakal memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

Rakyat Malaysia juga turut menyuarakan kebimbangan mereka tentang keadaan ‘hung parliament’ ataupun parlimen tergantung pada ketika ini.

Semalam (22 November), Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitah perkenan agar pemimpin tertinggi PH dan juga PN itu untuk menghadap pada jam 4.30 petang di Istana Negara.

BACA LANJUT: Tiada Calon PM Dapat Majoriti Mudah, Agong Titah Muhyiddin & Anwar Menghadap Ke Istana Negara Petang Ini

Walau bagaimanapun, setelah selesai perjumpaan tersebut, masih belum ada kata putus yang diberikan tentang individu yang bakal menyandang jawatan PM-10.

BACA JUGA: Anwar Bersenda Jawatan PM Masih Kosong


Individu Ancam Bunuh Agong Menerusi Instagram Story (IGS) Ditahan Polis

Hari ini (23 November), pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 30-an yang dilaporkan memuat naik hantaran di IGS berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Suspek menggunakan akaun Instagram untuk memuatnaik kandungan itu bersama foto Baginda dan kapsyen yang berunsur ancaman.

Tangkapan layar kandungan itu kini telah tersebar luas di media sosial dan orang ramai menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pemilik akaun berkenaan.

Harian Metro melaporkan bahawa suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis di Kajang malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor telah mengeluarkan kenyataan selepas selesai proses reman terhadap lelaki berkenaan.

PDRM Perintah Suspek Direman 3 Hari Bermula 23 – 25 November

PDRM menyatakan pihak mereka telah menerima perintah tahanan reman selama 3 hari terhadap suspek daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi memudahkan siasatan lanjut dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pihak polis menasihatkan kepada orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang dan menghayati serta menghormati prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara demi mengekalkan keharmonian dan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara ini.

Keluar Polis Selangor, CP Datuk Ajunaidi Mohamed.

PDRM turut menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati cuba menganggu ketenteraman dan keselamatan negara.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd