Now Reading
Anwar Bersenda Jawatan PM Masih Kosong

Anwar Bersenda Jawatan PM Masih Kosong

Media sosial dilihat dibanjiri oleh khabar angin yang menyatakan bahawa Anwar Ibrahim telah berjaya memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Sementara.

anwar ibrahim

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum bahawa Istana Negara sebentar tadi mengesahkan tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Kenyataan ini dilihat merujuk kepada dua calon PM iaitu; Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Oleh yang demikian, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitah perkenan agar pemimpin tertinggi PH dan juga PN itu untuk menghadap pada jam 4.30 petang ini di Istana Negara.

BACA LANJUT: Tiada Calon PM Dapat Majoriti Mudah, Agong Titah Muhyiddin & Anwar Menghadap Ke Istana Negara Petang Ini


Spekulasi Anwar Pegang Jawatan PM Mulai Membanjiri Media Sosial

Walau bagaimanapun, sejurus selesai pertemuan di antara YDPA, Muhyiddin dan Anwar sebentar tadi, media sosial dilihat dibanjiri oleh khabar angin yang menyatakan bahawa Anwar telah berjaya memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Sementara.

Anwar dalam pada itu telah menjelaskan bahawa tiada apa yang telah diputuskan oleh YDPA setakat ini.

“Buat masa sekarang masih tiada Perdana Menteri, tapi ada kekosongan jawatan lah,” kata Anwar dalam nada bersenda kepada pihak wartawan yang berada di hadapan Istana Negara sebentar tadi.

Anwar berkata beliau akan meluangkan masa untuk mencerna nasihat yang diberikan dan menambah bahawa keputusan itu adalah atas budi bicara Agong. Anwar juga berkata tiada keputusan untuk membentuk kerajaan minoriti buat masa ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin dikatakan telah meninggalkan Istana Negara terdahulu tanpa bercakap dengan wartawan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd