Now Reading
Pelajar Bangsa Cina Pasang Surah Yasin Sebab Takut Hantu Buat Ramai Terhibur

Pelajar Bangsa Cina Pasang Surah Yasin Sebab Takut Hantu Buat Ramai Terhibur

Lelaki berbangsa Cina itu memasang surah Yasin dalam bilik menggunakan telefon bimbit katanya untuk menghalau hantu dalam bilik sebelum tidur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Percaya atau tidak, makhluk halus ada di mana-mana. Cumanya hanya individu tertentu sahaja yang diberi kelebihan boleh melihat mereka dengan mata kasar.

Bagi umat Islam, kita perlu percaya bahawa makhluk halus juga merupakan penghuni di dunia ini dan mereka juga mempunyai golongan baik dan jahat.

Bila makhluk halus atau hantu ini mengusik manusia, memang kita automatik pasang ayat al-Quran kuat-kuat.

Kawan Bangsa Cina Pun Pasang Surah Yasin Sebab Nak Halau Hantu

Mungkin sudah terbiasa melihat orang sekelilingnya yang beragama Islam memasang ayat al-Quran untuk menghalau makhluk halus, seorang lelaki berbangsa Cina juga melakukan perkara yang sama.

Gelagat yang agak menghiburkan di dalam sebuah bilik asrama ini sempat dirakam dan dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@emadhakimyy) baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar bukan beragama Islam itu membuka dan memasang surah Yasin di YouTube dalam telefon dengan kuat.

Sumber: TikTok/emadhakimyy

Bila ditanya kenapa dia buat macam itu, rupanya sebab nak halau hantu di dalam bilik sebelum tidur.

Rakan sebiliknya yang beragama Islam itu pun terkejut dan terhibur melihat gelagat rakannya yang selamba membuka ayat al-Quran walalupun bukan beragama Islam.

Video tersebut telah tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 992,200 jumlah tontonan ketika artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@emadhakimiyy/video/7151374671496187162?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Rupanya Ramai Orang Bukan Islam Yang Buat Benda Sama

Di ruangan komen video tersebut, memang ramai yang terhibur melihat telatah pelajar lelaki berbangsa Cina itu.

Malah, ramai juga berkongsi pengalaman apabila kenalan mereka yang bukan beragama Islam turut melakukan perkara sama sebagai cubaan untuk menghalau hantu.

Siap ada yang dengar selawat dari lagu Raihan ya!

Katanya ada juga yang menggunakan ayat al-Quran untuk memohon agar dilancarkan segala urusan.

Lebih menarik lagi, beberapa individu yang dahulunya bukan beragama Islam telah mengambil keputusan untuk menganut agama ini selepas kerap mendengar ayat al-Quran yand dipasang.

Sebagai umat Islam, kita memang perlu yakin dan percaya bahawa ayat al-Quran mampu memberi perlindungan kepada diri kita daripada diganggu makhluk halus dan perkara yang membawa musibah.

Dengar ayat al-Quran pun sudah boleh dapat pahala.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd