Now Reading
Jangan Keluarkan Simpanan ASB Pada Hujung Bulan, Elak Kurang Dividen Diterima

Jangan Keluarkan Simpanan ASB Pada Hujung Bulan, Elak Kurang Dividen Diterima

Pengiraan dividen Amanah Saham Berhad (ASB) adalah berdasarkan purata baki akaun minimum dalam sebulan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pelaburan merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk meningkatkan nilai wang. Berbanding dengan simpanan biasa, pelaburan akan menerima wang tambahan dalam bentuk dividen.

Bagi permulaan, Amanah Saham Berhad (ASB) dan Amanah Saham Malaysia (ASM) merupakan antara pilihan terbaik kerana berisiko rendah dengan harga unit yang tetap.

Baca Artikel Berkaitan: PNB Umum Dividen ASB 2023 Sebanyak 5.25 Sen Seunit

Dana ASB tidak boleh dikeluarkan dengan mudah. Malah, hanya terhad kepada 2,000 unit yang boleh dikeluarkan secara dalam talian setiap bulan. Pengeluaran melebihi had haruslah dilakukan di kaunter ASB.


Dividen ASB/ASM Berdasarkan Purata Baki Minimum Bulanan

Satu pengguna laman X yang berkongsi tentang pendidikan kewangan, The Futurizts, mengingatkan pelabur ASB atau ASM agar tidak mengeluarkan wang pada akhir bulan.

Sebaliknya, tunggu sehingga awal bulan seterusnya untuk berbuat demikian.

Katanya, ini kerana pengiraan dividen tahunan adalah berdasarkan purata baki akaun minimum dalam sebulan.

Berikut merupakan cara pengiraan dividen dan bonus ASB/ASM yang dikongsikan di laman web Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB):

Sumber: ASNB

Sebagai maklumat tambahan, pelabur yang telah mengosongkan akaun sebelum tarikh pengumuman kadar tidak layak menerima bonus.


Contoh Kiraan Dividen Berdasarkan Masa Pengeluaran Dilakukan

Di samping itu, The Futurizts telah berkongsi contoh kiraan dividen berdasarkan baki permulaan akaun RM15,000 dan kadar 5.25 sen seunit.

Jika RM5,000 dikeluarkan pada hujung April, baki akaun minimum bagi bulan itu ialah RM10,000. Jumlah dividen yang diterima bagi tahun tersebut ialah RM590.

Perkara ini bermakna pelabur akan kerugian dividen ke atas RM5,000 yang dikeluarkan memandangkan kiraan dividen bagi bulan April hanya dilakukan terhadap baki RM10,000.

Sumber: @TheFuturizts/ X

Sebaliknya, jika pelabur menunggu sehingga bulan hadapannya (Mei), dividen bagi April masih dikira berdasarkan pelaburan RM15,000.

Dividen bagi Mei pula akan dikira berdasarkan jumlah RM10,000 setelah pengeluaran RM5,000 dilakukan. Pelabur akan memperolehi jumlah dividen sebanyak RM612.

Sumber: @TheFuturizts/ X

Terima Lebih Banyak Dividen Jika Lakukan Pengeluaran Di Bulan Seterusnya

Berdasarkan pengiraan oleh The Futurizts, pelabur akan menerima dividen tambahan sebanyak RM21.90 hanya dengan menunggu untuk melakukan pengeluaran tersebut pada bulan seterusnya.

Oleh itu, cuba untuk tunggu sehingga awal bulan jika anda ingin melakukan pengeluaran daripada akaun ASB/ASM.

Untuk makluman, dividen bagi Tabung Haji turut dikira menggunakan kaedah tersebut.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd