“Siapa Pemiliknya?” – Kapal Layar Mewah RM200 Juta Di Muara Sungai Perlis Curi Perhatian Ramai
Difahamkan, kapal layar mewah jenis Adastra berharga RM200 juta itu bergerak ke Perlis Marine Engineering (PME) untuk tujuan penyelenggaraan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Kebiasaannya apabila kita ternampak kenderaan mewah di jalan raya, mesti ramai yang akan terpegun melihatnya seperti kereta jenis Porsche, Lamborghini, Ferrari dan sebagainya.
Begitu juga reaksi penduduk di sekitar Kuala Perlis apabila mereka terlihat kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra dipercayai berharga USD45 juta (RM200 juta) di sekitar muara Sungai Perlis pada Sabtu lalu (13 Ogos).
Kapal layar atau ‘super yacht’ itu mula disedari oleh penduduk kampung serta nelayan ketika ianya didakwa tiba dari Langkawi dan menghampiri Terminal Feri Kuala Perlis sekitar jam 12:00 tengah hari.

Kapal layar jenis Adastra didakwa tiba di Perlis untuk tujuan penyelenggaraan
Memetik laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Laut Wilayah Utara Mohd Hafiz Abdul Majid memaklumkan kapal layar tersebut dikatakan menuju ke sebuah dermaga Perlis Marine Engineering (PME) untuk tujuan penyelenggaraan.
Menurut Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Perlis (PELARIS) Jasmi Hashim pula menjelaskan, kapal layar jenis Adastra itu tidak menghalang laluan nelayan di muara sungai tersebut.

Ramai nak tahu siapa pemilik sebenar kapal mewah jenis Adastra ini
Boleh dikatakan rata-rata penduduk turut teruja selepas pertama kali melihat secara dekat kehadiran kapal dengan bentuk futuristik itu.
Malah, ramai pengguna media sosial yang juga tertanya-tanya tentang pemilik kapal mewah berkenaan.
Difahamkan, kapal berkenaan telah didaftarkan di Hong Kong dan merupakan milik syarikat Dark Star Limited.
Beberapa video juga sempat dirakam dan dimuat naik di laman TikTok oleh penduduk sekitar.
@mark_sheqal Datang Tak Dijemput Pulang Tak Di Hantar,Hadirrrr..Sapa Taw Habaq Sat Nie Kapal Apa…#KapalAlien#BigShip#KualaPerlis#MaiBuatApaTiktiaw
♬ Sikok Bagi Duo ( Tiktok ) – Meli Dedi
Kapal mewah jenis Adastra
Menurut perkongsian di laman Twitter (MySamudera), kapal mewah jenis Adastra ini berukuran 42 meter dan 16 meter lebar.
‘Super yacht’ tersebut boleh mencapai kelajuan sehingga 22.5 knot serta mampu bergerak sejauh 10,000 batu nautika atau bersamaan dengan 18,520 kilometer.
Kalau dilihat dari segi reka bentuk dalamannya pula, memang cukup mewah dan selesa.

Untung betul pemilik kapal ini. Boleh bersantai tepi laut sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa.
BACA JUGA: [Video] Percutian ‘Next Level’ Hairul Azreen Sekeluarga Ke Gunung Salji Buat Ramai Terpegun
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.