[Video] Percutian ‘Next Level’ Hairul Azreen Sekeluarga Ke Gunung Salji Buat Ramai Terpegun
Pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen membawa anak-anak mereka menaiki helikopter sekali lagi untuk menikmati pemandangan indah di Banjaran Alps, Switzerland.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Selalunya kalau kita nak pergi bercuti, pengangkutan utama yang menjadi pilihan orang ramai adalah kapal terbang.
Nak naik kapal terbang dari satu destinasi ke destinasi yang lain pun boleh tahan mahal lebih-lebih lagi jika dari Malaysia ke luar negara.
Memang sebelum bercuti itu kita kena kumpul duit siap-siap untuk membeli segala kelengkapan dari segi pengangkutan, tempat tinggal dan sebagainya.
Hanis Zalikha dan keluarga naik helikopter ke Banjaran Alps
Tetapi berbeza pula dengan percutian pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen yang dikatakan ‘another level’.
Sebelum ini mereka menaiki helikopter ke Pulau Redang serta pernah dipelawa oleh individu terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan untuk menaiki kapal mewah miliknya.
BACA JUGA: [Video] Hanis Zalikha & Keluarga Bercuti Ke Pulau Naik Helikopter
Terbaharu, mereka berdua memuat naik video percutian sekeluarga di Switzerland dengan sekali lagi menaiki sebuah helikopter.

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (Hairul Azreen), mereka sekeluarga dilihat menaiki helikopter untuk menikmati keindahan gunung salji di Banjaran Alps, Switzerland.
Menurut Hairul, ini adalah kali pertama mereka sekeluarga bercuti ke luar negara selepas tempoh tiga tahun akibat pandemik Covid-19.

Tengok pemandangan Banjaran Alps dalam video pun sudah terpukau, tak boleh bayang macam mana kalau tengok depan mata sendiri. Seronok betul!
Video percutian mereka ini telah meraih 896,100 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.
@hairul_azreen88 The very first time we flew out after 3 long years! Time for a family holiday and it’s gonna be snow much fun!
♬ original sound – Hairul Azreen – Hairul Azreen
Orang ramai teruja tengok rezeki Hanis Zalikha dan Hairul Azreen
Di ruangan komen video berkenaan, ramai yang kagum dengan rezeki dimiliki oleh pasangan selebriti ini sehingga dapat menikmati percutian yang cukup mewah menaiki helikopter.


Siap ada yang berpendapat duit mampu memberi kebahagian.


Setiap orang ada rezeki masing-masing. Tak dapat pergi sana, tengok video orang pun dah cukup seronok. Mana tahu nanti ada rezeki kita pula kan?
BACA JUGA: “Banyak Hidden Gems” – Percutian Di Jeju, Korea Akan Buat Anda Terpukau
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.