[Video] Pak Nil Tahan Sebak Tengok Persembahan Nyanyian Zamani Sambil Bongkok
Zamani Slam membuat persembahan khas untuk Datuk Aznil Haji Nawawi dengan menyanyikan lagu Kurnia ketika rancangan Ceria Popstar Xtra.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Seperti yang diketahui ramai, vokalis kumpulan Slam iaitu Zamani atau nama sebenar Zaman Ibrahim dilaporkan sedang menderita penyakit tulang belakang melengkung dikenali sebagai Skoliosis.
Keadaan tulang belakang Zamani yang semakin parah itu membuatkan seorang pengacara terkenal tanah air iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil telah membuat bantuan kutipan dana daripada orang ramai.
Hasil sumbangan orang ramai, kutipan tersebut telah melebihi RM100,000 setakat 24 Jun lalu.
BACA JUGA: Skoliosis: Pak Nil Berjaya Kumpul Dana Cecah RM60K Untuk Pembedahan Zamani
Memetik laporan Berita Harian, Zamani juga dikhabarkan akan menjalani pembedahan pada bulan November ini selepas tulangnya dikatakan sudah menghimpit bahagian jantung.
Zamani buat persembahan khas untuk Pak Nil
Menerusi perkongsian video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@marbellanne), Zamani dilihat membuat penampilan khas dalam satu rancangan ‘Ceria Popstar Xtra’ di mana Pak Nil menjadi salah seorang juri.
Ketika membuat persembahan tersebut, Pak Nil tidak mengetahui tentang kejutan yang dirancang oleh pihak produksi untuknya.
Kemunculan Zamani dalam keadaan dirinya membongkok sambil menyanyikan lagu Kurnia membuatkan Pak Nil terpaksa menahan sebak.
Orang ramai turut sebak dan mendoakan kesihatan Zamani
Di ruangan komen video berkenaan, ramai pengguna media sosial yang turut sebak melihat kegigihan Zamani membuat persembahan khas kepada Pak Nil.
Malah mereka juga mendoakan agar Zamani diberi kesembuhan terhadap penyakit Skoliosis yang dihidapinya itu dan dapat kembali sihat seperti biasa.
Apa itu penyakit Skoliosis?
Skoliosis adalah keadaan di mana tulang belakang seseorang itu akan membengkok ke kiri atau ke kanan. Bukan itu sahaja, tulang belakang juga boleh berputar pada paksi vertikalnya sehingga berkemungkinan menyebabkan komplikasi lain terhadap kesihatan.
Seseorang itu disahkan menghidap Skoliosis sekiranya mempunyai kondisi tulang belakang seperti:
- Berbentuk C
- Berbentuk S
- Lengkungan pada X-ray menunjukkan lebih daripada 10 darjah
Antara simptom yang biasa dialami sekiranya seseorang itu menghadapi masalah Skoliosis adalah seperti berikut:
- Ketinggian bahu kiri dan kanan tidak sama
- Pinggang yang menonjol ke tepi
- Bongkok sebelah kerana penonjolan tulang rusuk
- Mudah letih
Skoliosis yang bersifat ‘non-idiopathic’ pula disebabkan oleh tulang belakang yang tidak membesar dengan baik atau berlaku kerana kesan sampingan penyakit lain seperti keadaan neuromuskular, gangguan tisu penghubung dan faktor genetik.
BACA JUGA: Skoliosis: Masalah Tulang Belakang Bengkok Yang Boleh Berlaku Dalam Diam
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.