Now Reading
Skoliosis: Masalah Tulang Belakang Bengkok Yang Boleh Berlaku Dalam Diam

Skoliosis: Masalah Tulang Belakang Bengkok Yang Boleh Berlaku Dalam Diam

Seseorang disahkan menghidap Skoliosis sekiranya mempunyai struktur tulang belakang berbentuk C, S atau lengkungan melebihi 10 darjah.

Dr Lim Sze Wei - Skoliosis

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap ibu bapa pasti mempunyai pengalaman di mana kehidupan anak-anak mereka dipenuhi dengan aktiviti yang lasak. Biasalah waktu tengah muda ini memang akan selalu aktif ke sana sini.

Ada sesetengah kanak-kanak yang gemar bersukan seperti gimnastik, lompat tinggi, ‘bungee jumping’ dan sebagainya. Sebagai ibu bapa, pastinya kita tidak mahu menyekat minat mereka tetap risau juga sekiranya boleh menjejaskan tahap kesihatan tulang belakang mereka.

Salah satu masalah yang sering menjadi kerisauan para ibu bapa adalah tentang Skoliosis yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur.

Temubual bersama Dr. Lim Sze Wei

Baru-baru ini, team TRP telah diberi peluang untuk menemubual salah seorang doktor pakar di ALTY Hospital iaitu Dr. Lim Sze Wei.

Dr Lim Sze Wei adalah seorang Perunding Pakar Bedah Ortopedik, Tulang Belakang dan Trauma yang mempunyai pelbagai pengalaman dalam bidang ini dengan latar belakang pendidikan seperti berikut:

  • MBBS, M.S.Ramaiah Medical College, India
  • Master dalam Orthopaedic Surgery Universiti Malaya, Malaysia
  • Certified Medical Impairment Assessor (CMIA), NIOSH, Malaysia
  • Advance Trauma Life Support (ATLS) , American College of Surgeons, USA
  • Orthopaedic Subspecialty Spine Surgery, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • National Specialist Register, Malaysia

Selain itu, Dr Lim juga pernah mendapat beberapa pengiktirafan berdasarkan pengalamannya seperti:

  • “Excellent Service Award 2014” di Hospital Pulau Pinang
  • Dijemput sebagai penceramah di mesyuarat antarabangsa dan tempatan.
  • Lampiran klinikal dan pembedahan dengan pakar terkenal dunia dari Sweden, United Kingdom, Turki, Switzerland dan Korea Selatan

Dr. Lim juga juga menyertai beberapa persatuan seperti berikut:

  • Asian Pacific Orthopaedic Association (APOA)
  • AO Trauma Teaching Faculty
  • AO Spine Teaching Faculty
  • National Axial Spondyloarthritis Society (NASS), UK
  • Malaysian Medical Association (MMA), Malaysia
  • Malaysian Orthopaedic Association (MOA), Malaysia
  • Malaysian Spine Society (MSS), Malaysia

Ini apa yang anda perlu tahu tentang Skoliosis

Untuk pengetahuan anda, Skoliosis adalah keadaan di mana tulang belakang seseorang itu akan membengkok ke kiri atau ke kanan. Bukan itu sahaja, tulang belakang juga boleh berputar pada paksi vertikalnya sehingga berkemungkinan menyebabkan komplikasi lain terhadap kesihatan.

Boleh dikatakan 80% daripada kes-kes Skoliosis ini datang daripada golongan Adolescence Idiopathic Scoliosis (AIS) iaitu mereka yang masih muda.

Pembengkokan struktur tulang belakang seseorang yang tidak seimbang ketika proses tumbesaran bermula umur 9 tahun bagi perempuan dan 12 tahun untuk lelaki akan menyebabkan Skoliosis.

Sumber: The Malaysian Medical Gazette

Di Malaysia, kajian mendapati Skoliosis telah menjejaskan dua hingga tiga peratus daripada populasi di antara 600,000 hingga 900,000 orang.

Seseorang itu disahkan menghidap Skoliosis sekiranya mempunyai kondisi tulang belakang seperti:

  • Berbentuk C
  • Berbentuk S
  • Lengkungan pada X-ray menunjukkan lebih daripada 10 darjah

Gejala jika seseorang mengalami Skoliosis

Antara simptom yang biasa dialami sekiranya seseorang itu menghadapi masalah Skoliosis adalah seperti berikut:

  • Ketinggian bahu kiri dan kanan tidak sama
  • Pinggang yang menonjol ke tepi
  • Bongkok sebelah kerana penonjolan tulang rusuk
  • Mudah letih

Bagaimana seseorang boleh menghidap Skoliosis?

Dr Lim sebelum ini pernah membincangkan adakah sama ada masalah beg sekolah yang berat dibawa oleh murid sekolah boleh menjadi punca kepada berlakunya masalah Skoliosis.

Mungkin ramai menganggap beg berat yang sering dibawa oleh murid sekolah boleh mengakibatkan mereka menghidap Skoliosis – sebenarnya TIDAK. Laporan penyelidikan dan perubatan menyatakan bahawa Skoliosis serta masalah struktur tulang belakang tiada kaitan dengan beg sekolah berat.

Sumber: Astro Awani

Namun, golongan ini boleh berisiko untuk menghadapi masalah seperti sakit belakang, postur badan tidak betul, otot semakin lemah dan mudah keletihan.

Skoliosis boleh berlaku tanpa sebab

Jadi, apa sebenarnya punca yang menyebabkan masalah Skoliosis ini? Jangan terkejut apabila Dr Lim sendiri menjelaskan bahawa kebanyakan pesakit Skoliosis tiada puncanya dan ini digelar sebagai ‘Idiopathic’.

Namun terdapat beberapa risiko yang anda perlu berhati-hati seperti faktor umur dan juga sejarah keturunan keluarga yang boleh diwarisi daripada ibu bapa.

Kebanyakan kes Skoliosis ini mempunyai gejala ringan yang tidak terlalu menyekat aktiviti kehidupan seharian mereka. Ada juga yang tidak sedar sebenarnya mereka memiliki masalah Skoliosis sehinggalah membuat ujian X-ray di hospital.

Dr Lim Sze Wei, Perunding Pakar Bedah Ortopedik, Tulang Belakang dan Trauma di ALTY Hospital.

Selain itu, Skoliosis yang bersifat ‘non-idiopathic’ pula disebabkan oleh tulang belakang yang tidak membesar dengan baik atau berlaku kerana kesan sampingan penyakit lain seperti keadaan neuromuskular, gangguan tisu penghubung dan faktor genetik.

Dr Lim juga sempat menunjukkan perkembangan di laman Facebook miliknya (Dr Lim Sze Wei) tentang salah seorang pesakit yang dirawat sebelum ini yang mengalami masalah Skoliosis sejak berumur 17 tahun tetapi mula mendapatkan rawatan selepas 15 tahun iaitu pada usia 32 tahun.

Skoliosis boleh dicegah jika dikesan dari awal

Walaupun kebanyakan kes Skoliosis datang dengan gajala ringan, tetapi masalah ini boleh dicegah sekiranya dikesan dan dirawat dengan lebih cepat sebelum mengakibatkan komplikasi serius seperti sesak nafas.

Antara langkah mudah kepada ibu bapa untuk membuat pengesanan awal terhadap anak mereka di rumah adalah dengan melakukan ‘Adam’s Forward Bend Test’ bagi melihat tahap kelengkungan tulang belakang.

Dr Lim juga menunjukkan kepada kami sebuah alat digelar Skoliosis Meter yang digunakan kepada murid sekolah semasa membuat pengesanan di pusat perubatan.

Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Meskipun beberapa langkah boleh sahaja dilakukan di rumah, tetapi anda tetap perlu mengesahkan masalah Skoliosis tersebut dengan menjalankan ujian X-ray di mana-mana klinik atau hospital.

Dr Lim Sze Wei, Perunding Pakar Bedah Ortopedik, Tulang Belakang dan Trauma di ALTY Hospital.

Sebenarnya tidak semua penghidap Skoliosis perlu menjalani pembedahan dan memerlukan sebarang rawatan. Cukup sekadar membuat pemerhatian terhadap tulang belakang mereka. Namun sekiranya keadaan menjadi semakin teruk, lebih baik segera berjumpa dengan doktor.

Menerusi temubual kami bersama Dr Lim, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak perlu berasa malu untuk berjumpa dengan doktor dan membuat ujian pengesanan bagi merawat masalah Skoliosis.

Semakin lama anda bertangguh untuk mendapatkan rawatan, keadaan tulang belakang boleh bertambah teruk. Jadi, lebih baik mencegah daripada merawat.

Dr Lim Sze Wei, Perunding Pakar Bedah Ortopedik, Tulang Belakang dan Trauma di ALTY Hospital.

Kepada anda yang ingin menjalankan pemeriksaaan bagi mengenal pasti masalah Skoliosis, ALTY Hospital merupakan salah satu hospital yang menyediakan perkhidmatan tersebut. ALTY yang membawa maksud ”Adding Life To Years’ adalah sebuah hospital ortopedik swasta yang terletak Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Untuk mengetahui maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web ALTY Hospital.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd