Now Reading
[Video] Kanak-kanak Dirempuh Lintas Jalan Secara Mengejut, Patah Tulang Selangka

[Video] Kanak-kanak Dirempuh Lintas Jalan Secara Mengejut, Patah Tulang Selangka

Seorang kanak-kanak dilihat melintas secara mengejut pada jarak yang begitu dekat sehingga menyebabkan kereta berkenaan tidak sempat mengelak dan seterusnya melanggar mangsa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Semalam (9 Ogos), seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan tiga tahun telah dilaporkan patah tulang selangka apabila dirempuh oleh sebuah kereta ketika melintas jalan.

Kejadian tersebut berlaku di Jalan Wakaf Aik, Bachok, pada petang semalam.

Mangsa, Mohammad Naufal Zafran Abdul Fattah yang cedera di bahagian badan kini sedang menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Sumber: Astro Awani

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Bachok Superintendan Mohd Ismail Jamaluddin menjelaskan ketika kejadian sebuah kereta Proton Exora yang dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari Besut menghala ke Pengkalan Chepa.

Sebaik sahaja tiba di lokasi, seorang kanak-kanak dilihat melintas secara mengejut pada jarak yang begitu dekat sehingga menyebabkan kereta berkenaan tidak sempat mengelak dan seterusnya melanggar mangsa.

Pada masa yang sama, menerusi klip video dashcam, pemandu Proton Exora berkenaan juga dilihat masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah Perodua Myvi.

Disebabkan pelanggaran itu, mangsa cedera pada badan dan patah tulang selangka sebelum dikejarkan ke HUSM untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Bachok Superintendan Mohd Ismail Jamaluddin.

Kedua-dua pemandu kereta tidak cedera dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd