Now Reading
Lelaki Berang Lepas Ditegur, Tetak Kepala Warga Emas Sehingga Cedera

Lelaki Berang Lepas Ditegur, Tetak Kepala Warga Emas Sehingga Cedera

Menurut pihak berkuasa, suspek berusia 45 tahun yang tidak bekerja itu merupakan penagih dadah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Hidup berjiran ini sememangnya memerlukan kesabaran dan sikap tolak ansur yang tinggi.

Walau bagaimanapun, lain pula dengan satu kes yang berlaku di Kota Kinabalu, Sabah apabila seorang warga emas dilaporkan ditetak selepas ‘menegur’ seorang lelaki di atas perbuatannya.

Menurut laporan, suspek lelaki berkenaan dikatakan bertindak menetak warga emas di sebuah Kampung iaitu Lok Kurai Selanggan, Pulau Gaya, kira-kira jam 11 pagi (9 Ogos).

Mangsa berusia 73 tahun terselamat, namun mengalami kecederaan di bahagian kepalanya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah menjelaskan bahaawa siasatan awal mendapati, suspek berusia 45 tahun yang tidak bekerja itu merupakan penagih dadah.

Suspek juga dikatakan menganggu penduduk dengan cara membaling batu, kayu ke rumah penduduk-penduduk di kawasan berkenaan tanpa sebab yang jelas.

Mangsa cuba menegur perbuatan suspek dan ia dipercayai menyebabkan suspek berang sebelum balik ke rumah untuk mengambil sebilah parang. Suspek kemudiannya datang kembali dan terus menetak kepala mangsa sehingga luka.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah.

Apabila suspek melihat kepala mangsa berlumuran darah, dia dikatakan bergegas masuk ke dalam kawasan hutan kampung berkenaan.

Mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Suspek Ditahan

Pihak berkuasa berkata sebaik menerima maklumat, polis terus menjalankan siasatan dan telah berjaya menahan suspek di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Lok Urai, pada jam 4.30 petang.

Sebilah parang sepanjang kira-kira 0.6 meter yang dipercayai digunakan suspek menyerang mangsa turut dirampas,

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah.

Walau bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd