‘Influencer’ Bawa Audi Ditahan, Tiada Lesen Memandu
Hasil pemeriksaan mendapati lelaki terbabit tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Semalam (17 Julai), seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘influencer’ dilaporkan ditahan oleh pihak berkuasa apabila didapati tidak mempunyai lesen memandu.
Dia ditahan ketika dalam pemeriksaan di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Dalam kejadian sekitar jam 11 malam, lelaki berusia 20-an itu ditahan ketika sedang memandu kereta jenis Audi.
Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim ketika dihubungi telahpun mengesahkan bahawa pihak polis mengeluarkan notis saman terhadap individu berkenaan.
Hasil pemeriksaan dilakukan, kami mendapati lelaki terbabit tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi. Justeru, polis mengambil tindakan dengan mengeluarkan satu saman atas dua kesalahan berkenaan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.