Now Reading
[Video] Polis Siasat Kes Kanak-kanak Buat Aksi Bahaya Atas Jalan Raya

[Video] Polis Siasat Kes Kanak-kanak Buat Aksi Bahaya Atas Jalan Raya

Tiga orang kanak-kanak dilihat mengeluarkan kepala mereka dari sebuah kereta yang sedang bergerak di Jalan Tambun, Perak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tidak dinafikan ada sesetengah kanak-kanak yang agak nakal dan suka buat aksi bahaya di kawasan yang tidak sepatutnya.

Sebelum ini, pernah tular di media sosial apabila beberapa orang kanak-kanak dibiarkan melakukan aksi bahaya di jalan raya.

Mereka dilihat dengan selambanya duduk di atas tingkap sebuah kereta yang sedang bergerak laju berhampiran Jalan Reko, Kajang.

BACA JUGA: Pemandu Ditahan Selepas Biarkan Kanak-kanak Buat Aksi Bahaya

Aksi yang sama berulang

Baru-baru ini, tular lagi aksi bahaya yang sama melibatkan kanak-kanak di jalan raya apabila sebuah video berdurasi 44 saat tular di media sosial.

Berdasarkan video itu, tiga orang kanak-kanak memakai uniform sekolah rendah dilihat mengeluarkan kepala mereka dari sebuah kereta yang sedang bergerak di jalan raya.

Menurut laporan, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Jalan Tambun, Perak.

Polis sedang cari pihak terlibat

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid telah menerima satu laporan polis berhubung kejadian tersebut dan kini kes disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 31(1) (A) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mengabaikan keselamatan kanak-kanak.

Sehingga kini, pihak polis masih mengesan individu yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Pihak polis turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian untuk mengubungi Pegawai Penyiasat Kanan, ASP Yap Siew Cheng di talian 012-9093362.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd