[Video] Pasangan Bawa Anak Kecil Ketika Daki Gunung Himalaya Buat Netizen Terpegun
Cabaran terbesar mereka adalah ketika bayi tersebut kehausan dan ingin meminum susu badan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Penggemar aktiviti lasak mesti suka bila ada orang ajak pergi mendaki hutan atau gunung. Lagi mencabar sesuatu kawasan itu , lagi seronok katanya.
Aktiviti mendaki memang tengah popular dalam kalangan generasi muda sekarang ini. Kalau pergi dengan kawan-kawan atau ahli keluarga mesti lagi seronok!
Tapi sebelum pergi mendaki, kena bersiap sedia dari segi fizikal dan mental. Sebab penat juga nanti.
Namun, berbeza pula pengalaman yang dilalui oleh pasangan ini apabila mereka dilihat membawa anak kecil ketika mendaki gunung.
Bawa anak daki Gunung Himalaya
Menerusi perkongsian video di laman TikTok (Artchanali), dia dan isterinya telah membawa anak mereka yang berusia satu tahun mendaki gunung Himalaya pada musim sejuk.
Wah, memang tabik lah siap boleh bawa anak sekali tu.
@artchanali Jangan tengok tapi lihat, jangan pandang tapi rasa! #fyp #fypage #fypã‚· #Caltexunstoppablestar @fatinnabeela
♬ The Nights – Avicii
Mesti ramai yang tertanya-tanya sama ada anak kecil itu meragam atau tidak.
Lelaki tersebut sempat berkongsi pengalaman membawa anak kecil ketika mendaki. Menurutnya, cabaran terbesar mereka ketika itu adalah apabila bayi tersebut kehausan dan ingin meminum susu badan.
Untuk pengetahuan anda, kanak-kanak itu masih menyusu dengan ibunya. Jadi, ada waktu mereka terpaksa berhenti dan mencari tempat yang sesuai untuk membolehkan si ibu menyusu.
https://www.tiktok.com/@artchanali/video/7065265949548580123?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6967153737346041346Selain daripada cabaran tersebut, bayi itu nampak agak teruja dan seronok dapat mengikut ibu bapanya pergi mendaki gunung.
Kecil-kecil dah mendaki. Comel je!
Nak bawa pergi mall pun fikir dua tiga kali
Di ruangan komen video berkenaan, rata-rata netizen terutamanya yang bergelar ibu bapa memuji keberanian pasangan tersebut membawa anak mereka turut serta mendaki gunung.
Ibu bapa lain kalau nak bawa anak keluar pergi pusat beli-belah pun kena fikir dua tiga kali, inikan pula nak lakukan aktiviti lasak seperti mendaki.
Memang betul-betul respect dengan mereka berdua!
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.