Now Reading
Polis Tertipu Dengan Bungkusan ‘Manusia’. Rupanya Hanya Patung

Polis Tertipu Dengan Bungkusan ‘Manusia’. Rupanya Hanya Patung

Nampak macam manusia betul, sekali tengok rupanya patung palsu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sama seperti dalam babak cerita CSI, mesti ada orang tengah nak buang sampah ketika terjumpa ‘mayat’ manusia yang tidak berbaju.

Yang lebih menyeramkan adalah apabila susuk tubuh manusia itu dibalut dalam posisi seperti di dalam kandungan ibu.

Selepas perkara itu dilaporkan, pihak polis segera menyiasat dan menutup kawasan itu dengan pita berwarna kuning.

Walau bagaimanapun, ‘siasatan’ tersebut dianggap sia-sia kerana susuk tubuh manusia tidak berbaju itu hanyalah anak patung seks bersaiz manusia yang dibuang ke kawasan berkenaan.

Netizen pun terkejut bila dapat tahu perkara sebenar.

Ada juga yang bergurau kononnya anak patung itu juga terkejut melihat orang lain di kawasan ‘jenayah’. Mungkin ini boleh jadi kes siaatan yang paling kelakar dalam sejarah.

Seorang netizen bergurau dengan beranggapan ini adalah karma kepada pihak polis kerana tidak membantu mangsa penipuan di Malaysia.

Seorang lagi pula berkata mungkin pemiliknyamembuang anak patung seks itu selepas mendapat teman wanita sebenar.

Dalam masa yang sama, netizen agak terkejut bila tengok tiba-tiba pihak polis buat kerja bertungkus-lumus untuk menutup kawasan tersebut seolah-olah dalam babak jenayah sebenar dalam siasatan forensik.

Kejadian yang menghiburkan ini sekali lagi menunjukan masyarakat Malaysia memang menghadapi masalah dalam membuang sampah dengaan betul.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd