Umrah Tangguh, London Boleh Pula Pergi? Netizen Mula Bangkit Isu Ini
Laporan media menunjukkan setakat 31 Disember 2021, penularan varian Omicron di United Kingdom kini mencapai 78% – di mana menjadikannya penularan tertinggi selepas varian Delta yang hanya menular sebanyak 22% sahaja.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Umum sedia maklum, pihak kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan penangguhan sementara kebenaran perjalanan untuk menunaikan ibadah umrah bermula 8 Januari 2022 sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menjelaskan bahawa keputusan itu terpaksa diambil ekoran peningkatan kes Omicron dalam kalangan jemaah.
BACA LANJUT: Kebenaran Ibadah Umrah Ditangguh Bermula 8 Januari

Sehingga 30 Disember 2021 – seramai 11,108 jemaah umrah telah pulang ke Malaysia dan 1,306 daripadanya didapati positif Covid-19.
Berikut merupakan jumlah kluster yang direkodkan:
- 5 kluster Omicron.
- 1 kluster presumptive Omicron.
- 3 kluster bukan Omicron.
Umrah tangguh, bagaimana pula dengan perjalanan ke United Kingdom? Netizen mula mempersoalkan isu ini.
Pengumuman tersebut tidak dinafikan, telah menerima pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia termasuk ada yang turut mempersoalkan tentang kes penularan varian Omicron di United Kingdom yang kian meningkat.
Tetapi, tidak disekat pula perjalanan untuk ke sana?
Baiklah, umrah dihentikan seketika, saya setuju.
— Izwan Azir Saleh 🇲🇾 (@IzwanAzirSaleh) January 1, 2022
Langkah sama perlu juga dikenakan kepada pengembara yang sesaja gatal nak jalan London sekarang, macam lah London tu nak runtuh sehari dua lagi.
My point is, tak perlu lah unnecessary travel utk suka suki sekarang ni.
Sedihnya bila dapat latest update my Umrah trip early February ‘22 ni nanti sudahpun ditunda dan belum ada tarikh yang pasti lagi bila Jemaah Malaysia nak boleh fly. Serious rasa terus down.
— Ejad Shukri (@ejadshukri) January 2, 2022
Rakyat juga dilihat meluahkan perasaan tentang golongan VVIP yang dilihat bersuka ria di luar negara seolah-olah virus membunuh ini sudah tidak lagi wujud.
Dh ckp tutup boarder, korang VVIP sebok nk kluar kesana kesini, shopping sana sini. Buat Umrah bagai mcm xboleh delay. Bodoh ke tak tahu kt luar tu virus blambak lagi. Dh bawak masuk dlm malaysia baru la terhegeh2 BeKeMUngkiNAn Gel0MB4Ng bleh bleh. https://t.co/VHwFNksbum
— 🏴PU حازكيم (@Vegapunk09) January 2, 2022
Ada juga yang tidak bersetuju jika peraturan ini dilaksanakan secara tidak adil.
Penggantungan perjalanan umrah dibuat kerana statistik memunjukkan banyak kes berpunca dari negara sana. Untuk pukul rata semua sekali, tidak patut. Banyak rakyat yang bergantung juga kepada aviation industry. https://t.co/Wf48PBauYm
— SHΛHRIL ΛRSHΛD ™ (@shvhrl) January 2, 2022
Walau bagaimanapun, segelintir turut menganggap bahawa pelaksanaan ini dibuat oleh pihak kerajaan akibat SOP penjarakkan sosial sukar untuk dilakukan ketika mengerjakan ibadah umrah.
Memetik laporan The Guardian pada 31 Disember 2021, penularan varian Omicron di United Kingdom kini mencapai 78% – di mana menjadikannya penularan tertinggi selepas varian Delta yang hanya menular sebanyak 22% sahaja.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.