Now Reading
Mamasab Tampil Mohon Maaf Lepas Samakan Tuhan & Makhluk Halus

Mamasab Tampil Mohon Maaf Lepas Samakan Tuhan & Makhluk Halus

Mamasab memohon maaf atas kenyataan yang menyebabkan kontroversi dan mengakui tersilap pertuturan ketika ingin menggambarkan sesuatu situasi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang pengasas kek dikenali sebagai Mamasab didakwa mengeluarkan kata-kata yang bercanggah dengan agama Islam.

Mamasab atau nama sebenar Siti Sabrina binti Sobri dipercayai mengeluarkan kenyataan yang menyamakan sifat Tuhan dengan makhluk halus kerana tidak boleh dilihat tetapi hanya dirasai kewujudannya.

Dia berkata demikian ketika sedang ditemubual secara langsung menerusi laman Facebook.

Sedutan video siaran langsung itu dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @hashim_kawsin dan memberikan beberapa teguran serta penjelasan tentang kenyataan daripada pengasas tersebut.

Selain itu, pengguna TikTok berkenaan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam percakapan terutamanya melibatkan hal agama dan akidah.

Mufti Perlis minta maaf Mamasab bertaubat

Video berkenaan yang telah tular di media sosial kini menjadi perhatian ramai dan menerima pelbagai reaksi termasuklah seorang Mufti Negeri Perlis iaitu Profesor Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr. MAZA.

Menerusi tweet yang dimuat naik oleh Mufti Perlis itu, dia menegaskan supaya pengasas tersebut wajib bertaubat dan mengucapkan dua kalimah syahadah semula.

Ini kerana ungkapan yang dikeluarkan oleh pengasas itu dalam keadaan sedar boleh membuatkan dirinya terkeluar dari agama Islam.

Kredit: Twitter @realDrMAZA

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang tetap memberi sokongan kepada pengasas tersebut.

Kredit: Facebook Sabrina Norin
Kredit: Facebook Sabrina Norin

Namun, ada juga yang mengecam ‘peminat-peminat’ Mamasab yang dilihat memberi sokongan dengan ucapan positif.

Kredit: Facebook Sabrina Norin

Mamasab juga ditegur oleh seorang ustaz dan mengaitkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pengasas kek itu sama seperti ajaran sesat.

Kredit: Facebook Sabrina Norin

Mamasab mohon maaf

Walau bagaimanapun, pengasas berkenaan difahamkan telah tampil membuat permohonan maaf menerusi satu posting yang dimuat naik di akaun Facebook Sabrina Norin.

Mamasab memohon maaf atas kenyataan yang menyebabkan kontroversi dan mengakui tersilap pertuturan ketika ingin menggambarkan sesuatu situasi.

Kredit: Facebook Sabrina Norin

Perniagaan Mamasab

Perniagaan Mamasab yang menjual pelbagai jenis kek telah bermula sejak tahun 2015 sebelum berkembang maju sehingga kini.

Antara kek yang dijual oleh Mamasab adalah seperti Red Velvet, Pecan Butterscotch, Nuttela Cheese Cake dan banyak lagi.

Cawangan Mamasab yang pertama dibuka pada tahun 2018 di Petaling Jaya. Dalam tempoh tiga tahun sahaja, Mamasab sudah memiliki 12 cawangan di seluruh Malaysia.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd