Now Reading
KFC Perjelas Isu Tiada Menu Ayam Dijual Di Beberapa Cawangan

KFC Perjelas Isu Tiada Menu Ayam Dijual Di Beberapa Cawangan

KFC mengalami gangguan bekalan ayam buat sementara waktu di peringkat global akibat pandemik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Dulu setiap kali ada ahli keluarga yang dapat pencapaian baik di sekolah, mesti ibu bapa kita akan bawa pergi KFC.

Kiranya KFC ini memang tempat wajib semua orang untuk meraikan kejayaan mereka. Mesti setiap orang ada kenangan di restoran makanan segera ini kan?

BACA JUGA: [Video] Guru Belanja 30 Anak Murid KFC. Sebak Bila Ada Yang Pertama Kali Makan

Kebiasaannya, mereka yang berkunjung ke restoran KFC ini mesti nak beli menu utama mereka iaitu ayam yang mempunyai pelbagai jenis perisa seperti Golden Egg Crunch.

Terliur pula cakap pasal KFC.

Sumber: KFC

Ayam habis stok?

Namun baru-baru ini, beberapa orang netizen meluahkan rasa kecewa di media sosial apabila mendapati restoran yang popular dengan menu ayam tidak mempunyai bekalan mencukupi untuk dijual kepada pelanggan.

Katanya ada yang sampai empat hari tiada menu ayam dijual.

Keadaan ini juga berlaku di beberapa cawangan KFC seluruh negara. Boleh tahan ramai yang merungut bila masing-masing nak beli ayam tapi staf kata tiada stok.


KFC tampil beri penjelasan

Disebabkan beberapa pelanggan yang agak kecewa apabila stok ayam kehabisan di beberapa cawangan, pihak KFC tampil memohon maaf dan menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.

Menurut pihak KFC Malaysia, perkara tersebut berlaku disebabkan gangguan rantaian bekalan ayam yang berlaku di seluruh dunia akibat pandemik Covid-19.

Pihak mereka juga sendang berusaha untuk mencari alternatif lain bagi menyelesaikan isu tersebut.


Harapnya bekalan ayam untuk restoran KFC ini dapat pulih dengan segera. Kesian pelanggan yang tengah mengidam di luar sana.

Selain KFC, ada pelbagai cawangan restoran makan segera lain yang anda boleh cuba seperti Texas Chicken, A&W dan Jollibee.

BACA JUGA: Jollibee Kini Buka Cawangan Di Sunway Pyramid. Jom Pergi!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd